Indeks Kitab

Hadis Al-Bara' bin Azib r.a katanya:
Ali bin Abu Talib merupakan orang yang menulis isi naskhah perdamaian antara Nabi s.a.w dengan orang-orang Musyrikin pada hari perjanjian Hudaibiah, Ali menulis: Inilah yang dijanjikan oleh Muhammad utusan Allah. Orang-orang musyrik membantah: Jangan kamu tuliskan kalimah utusan Allah. Kalau kami sudah merasa yakin bahawa beliau (baginda) adalah utusan Allah, maka kami tidak perlu memusuhi beliau. Ali menjawab: Tidak. Baginda bersabda kepada Ali: Hapuslah kalimat itu. Ali menjawab: Tidak! Aku tidak mahu menghapuskannya. Maka Nabi s.a.w terpaksa menghapusnya sendiri. Salah satu syarat yang diajukan oleh orang-orang Quraisy di dalam perjanjian tersebut ialah: Nabi s.a.w dan para sahabat hanya boleh memasuki dan tinggal di Kota Mekah selama tiga hari dan tidak dibenarkan membawa senjata kecuali bersarung. Aku bertanya kepada Abu Ishak Apakah yang dimaksudkan dengan bersarung? Lalu beliau menjawab: Senjata yang berbalut.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 3335

Translation

Al-Bara' bin 'Azib, may Allah be pleased with him, reported:
'Ali bin Abi Talib wrote the treaty between the Holy Prophet (may peace be upon him) and the polytheists on the Day of Al-Hudaibiah. He wrote: This is what Muhammad, the Messenger of Allah, has settled. They (the polytheists) said: Do not write the words "the Messenger of Allah". If we knew that you were the Messenger of Allah, we would not fight against you. The Prophet (may peace be upon him) said to 'Ali "Erase these words". He ('Ali) said: I am not going to erase them out. So the Prophet (may peace be upon him) erased them with his own hand. The conditions upon which the two sides had agreed included that the Muslims would enter Makkah (next year) and would stay there for three days, and that they would not enter bearing arms except in their sheaths or holsters. I said to Ibn Ishaq what is meant by sheaths or holsters of arms? He said sheaths and whatever in it. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 3335

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my