Indeks Kitab

Hadis Al-Bara' r.a:
Seorang lelaki berkata kepada Al-Bara': Wahai Abu Umarah! Adakah kamu melarikan diri ketika berlakunya peperangan Hunain? Al-Bara' menjawab: Tidak! Rasulullah s.a.w sama sekali tidak berpaling atau berundur. Namun pada saat itu muncul beberapa orang sahabatnya yang muda-muda dan begitu bersemangat. Di antara mereka ada yang membawa senjata yang banyak dan ada pula yang tidak membawa senjata sama sekali. Secara mendadak mereka terus memanah ke arah orang-orang Hawazin dan Bani Nadhir. Panahan mereka telah menepati sasaran. Maka begitulah mereka melindungi Rasulullah s.a.w yang berada di atas baghalnya (kudanya) yang berwarna putih. Sementara itu Abu Sufian bin Al-Harith bin Abdul Muttalib dengan setia membawa baginda. Selepas itu baginda memohon pertolongan dari Allah seraya mengucap: أَنَا النَّبِيُّ لَا كَذِبْ أَنَا ابْنُ عَبْدِ الْمُطَّلِبْ Yang bermaksud: Akulah Nabi yang tidak pernah berdusta, Aku adalah putera Abdul Muttalib. Kemudian baginda menyusun barisan tenteranya.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 3325

Translation

Al-Bara's Hadith, may Allah be pleased with him. It has been narrated:
A person said to Al-Bara' (bin 'Azib): Abu 'Umarah, did you flee on the Day of Hunain? He replied: No, the Messenger of Allah (may peace be upon him) did not retreat. (What actually happened was) that some hasty young men who were either inadequately armed or were unarmed met a group of men from Banu Hawazin and Banu Nasr who happened to be (excellent) archers. The latter shot at them a volley of arrows that did not miss. The people turned to the Messenger of Allah (may peace be upon him). Abu Sufyan bin Harith bin 'Abdul-Muttalib was leading his mule. So the Prophet got down, prayed and invoked Allah's help. He said: I am the Prophet. This is no lie. I am the son of 'Abdul-Muttalib. Then he lined up his men for the battle. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 3325

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my