Indeks Kitab

Hadis Ibnu Umar r.a:
Sesungguhnya kaum Yahudi Bani Nadir dan Bani Quraizah telah memusuhi Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w telah mengusir Bani Nadir dan membiarkan Bani Quraizah. Selepas itu Bani Quraizah telah berani memerangi Rasulullah s.a.w secara terbuka. Maka orang-orang Islam telah membunuh tokoh-tokoh (pembesar-pembesar) mereka. Manakala wanita-wanita serta anak-anak dan harta benda mereka dibahagi-bahagikan kepada orang-orang Muslimin kecuali mereka yang menyerah diri kepada Rasulullah s.a.w. Maka baginda pun melindungi mereka. Rasulullah s.a.w juga mengusir orang-orang Yahudi Madinah seluruhnya iaitu Bani Qainuqa' mereka adalah satu kaum serta Yahudi Bani Harithah dan setiap orang Yahudi yang berada di Madinah.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 3312

Translation

Ibn 'Umar, may Allah be pleased with them, reported:
The Jews of Banu Al-Nadir and Banu Quraizhah fought against the Messenger of Allah (may peace be upon him) who expelled Banu Al-Nadir, and allowed Quraizhah to stay on, and granted favor to them until they (Quraizhah) too fought against him. Then he killed their men, and distributed their women, children and properties among the Muslims, except that some of them had joined the Messenger of Allah (may peace be upon him) who granted them security. They embraced Islam. The Messenger of Allah (may peace be upon him) turned out all the Jews of Medina, Banu Qainuqa' (the tribe of 'Abdullah bin Salam) and the Jews of Banu Harithah and every other Jew who was in Medina. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 3312

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my