Indeks Kitab

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w mengirim satu pasukan berkuda ke daerah Najd. Mereka pulang dengan membawa seorang tawanan lelaki dari Bani Hanifah bernama Sumamah bin Usal, pemimpin penduduk Yamamah. Lalu mereka mengikatnya pada salah satu tiang masjid. Satu hari Rasulullah s.a.w keluar menemui tawanan tersebut. Baginda bertanya: Bagaimana keadaanmu, wahai Sumamah? Tawanan itu menjawab: Baik-baik saja wahai Muhammad. Jika kamu mahu membunuh aku maka bunuhlah, memang sepatutnya ke atasmu untuk melakukannya. Jika kamu memberikan suatu nikmat (tinggalkan dengan tidak membunuh aku) maka aku ucapkan jutaan terima kasih. Jika kamu meminta harta maka aku akan berikan berapa banyak yang kamu mahu. Rasulullah s.a.w lalu meninggalkan tawanan tersebut. Keesokkan harinya baginda menemui tawanan itu kembali, lalu baginda bertanya: Bagaimana keadaanmu wahai Sumamah? Tawanan itu menjawab: Aku tidak mahu berbicara denganmu. Jika kamu mahu memberikan satu nikmat maka berikan kepada orang yang mahu berterima kasih. Jika kamu mahu membunuh aku bunuhlah, aku adalah orang yang memang berhak untuk dibunuh. Jika kamu menghendaki harta maka mintalah berapa banyak yang kamu mahu maka aku akan berikan apa yang kamu mahu. Lalu Rasulullah s.a.w meninggalkannya. Esoknya, Rasulullah s.a.w bersabda: Bagaimana keadaanmu wahai Sumamah. Sumamah berkata: Jika kamu memberikan satu nikmat maka aku akan ucapkan terima kasih, sekiranya kamu mahu membunuh maka bunuhlah, sekiranya kamu mahukan harta, aku akan berikan kepada kamu berapa banyak yang kamu mahukan. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda kepada para sahabat: Lepaskan Sumamah. Lalu Sumamah berangkat menuju ke kawasan kebun tamar. Setelah mandi lalu dia memasuki masjid dan mengucapkan kalimah: Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba serta utusan-Nya. Wahai Muhammad! Di muka bumi ini tidak ada wajah yang paling aku benci daripada wajahmu sebelum ini. Tetapi sekarang wajahmulah yang paling aku suka di antara wajah-wajah yang pernah aku temui. Sebelum ini tidak ada agama yang paling aku benci daripada agamamu dan sekarang hanya agamamu lah yang paling aku sukai di antara agama-agama yang pernah aku temui. Dahulu negerimulah yang paling aku benci, tetapi sekarang negerimulah yang paling aku cintai di antara negeri-negeri yang pernah aku kenal. Sesungguhnya pasukan berkudamu selalu mengawasiku sedangkan aku ingin melakukan umrah. Bagaimana ini? Rasulullah s.a.w lalu menyampaikan berita gembira kepada Sumamah bahawa dia boleh melakukan umrah. Ketika sampai di Kota Mekah seorang bertanya kepadanya: Kamu sudah keluar dari agamamu? Sumamah menjawab: Tidak. Tetapi aku sudah memeluk Islam dan tunduk kepada Rasulullah s.a.w. Demi Allah, tidak akan ada sebiji gandum pun dari Yamamah yang akan sampai kepada kamu sebelum mendapat keizinan Rasulullah s.a.w.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 3310

Translation

Abu Hurairah, may Allah be pleased with him, reported:
The Messenger of Allah (may peace be upon him) sent some horsemen to Najd. They captured a man. He was from the tribe of Banu Hanifah and was called Thumamah bin Uthal. He was the chief of the people of Al-Yamamah. People bound him against one of the pillars of the mosque. The Messenger of Allah (may peace be upon him) came out to (see) him. He said: O Thumamah, what do you think? He replied: Muhammad, I have good opinion of you. If you kill me, you will kill a person who has spilt blood. If you do me a favor, you will do a favor to a grateful person. If you want wealth, ask and you will get whatever you demand. The Messenger of Allah (may peace be upon him) left him (in this condition) for two days, (and came to him again) and said: What do you think, O Thumamah? He replied: What I have already told you. If you do a favor, you will do a favor to a grateful person. If you kill me, you will kill a person who has spilt blood. If you want wealth, ask and you will get what you demand. The Messenger of Allah (may peace be upon him) left him until the next day when he (came to him again) and said: What do you think, O Thumamah? He replied: What I have already told you. If you do me a favor, you will do a favor to a grateful person. If you kill me, you will kill a person who has spilt blood. If you want wealth, ask and you will get what you demand. The Messenger of Allah (may peace be upon him) said: Set Thumamah free. He went to a palm-grove near the mosque and took a bath. Then he entered the mosque and said: I bear testimony (to the truth) that there is no god but Allah and I testify that Muhammad is His bondsman and His Messenger. O Muhammad, by Allah, there was no face on the earth more hateful to me than your face, but (now) your face has become to me the dearest of all faces. By Allah, there was no religion more hateful to me than your religion, but (now) your religion has become the dearest of all religions to me. By Allah, there was no city more hateful to me than your city, but (now) your city has become the dearest of all cities to me. Your horsemen captured me when I intended going for 'Umrah. Now what is your opinion (in the matter)? The Messenger of Allah (may peace be upon him) announced good tidings to him and told him to go on 'Umrah. When he reached Makkah, somebody said to him: Have you changed your religion? He said: No! I have rather embraced Islam with the Messenger of Allah (may peace be upon him). By Allah, you will not get a single grain of wheat from Al-Yamamah until it is permitted by the Messenger of Allah (may peace be upon him). Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 3310

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my