Indeks Kitab

Hadis Ibnu Umar r.a katanya:
Umar telah mendapat sebidang tanah di Khaibar kemudian dia datang menghadap Nabi s.a.w untuk minta tunjuk ajar tentang cara pengelolaannya, katanya: Wahai Rasulullah! Saya telah mendapat sebidang tanah di Khaibar. Belum pernah saya memperolehi harta yang lebih baik daripada ini. Apakah cadangan kamu mengenai perkara ini? Baginda bersabda: Jika kamu suka, jaga tanah itu dan kamu sedekahkan manfaatnya. Lalu Umar mengeluarkan sedekah hasil tanah itu dengan syarat tanahnya tidak boleh dijual dan dibeli serta diwarisi atau dihadiahkan. Umar mengeluarkan sedekah hasilnya kepada fakir miskin, kaum kerabat dan untuk memerdekakan hamba juga untuk orang yang berjihad di jalan Allah serta untuk bekal orang yang sedang dalam perjalanan dan menjadi hidangan untuk tetamu. Orang yang mengurusnya boleh makan sebahagian hasilnya dengan cara yang baik dan boleh memberi makan kepada temannya dengan sekadarnya.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 3085

Translation

Ibn 'Umar, may Allah be pleased with them, reported:
'Umar acquired a land at Khaibar. He came to Allah's Messenger (may peace be upon him) and sought his advice in regard to it. He said: Allah's Messenger, I have acquired land in Khaibar. I have never acquired property more valuable for me than this, so what do you command me to do with it? Thereupon he (Allah's Messenger) said: If you like, you may keep the corpus intact and give its produce as charity. So 'Umar gave it as charity declaring that property must not be sold or inherited or given away as gift. And 'Umar devoted it to the poor, to the nearest kin, and to the emancipation of slaves, and the way of Allah and guests. There is no sin for one who administers it if he eats something from it in a reasonable manner, or if he feeds a friend of his, provided that he does not hoard up goods. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 3085

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my