Indeks Kitab

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya:
Dinar ditukar dengan dinar, dirham ditukar dengan dirham secara jumlah yang sama. Sesiapa yang berlebihan, maka itu adalah riba. Dikata kepada Abu Said Al-Khudriy: Sesungguhnya Ibnu Abbas tidak berpendapat sedemikian. Katanya: lagi: Aku pernah bertemu dengan Ibnu Abbas, lalu aku berkata: Adakah apa yang kamu katakan itu, kamu mendengarnya daripada Rasulullah s.a.w atau kamu temuinya di dalam kitab Allah? Dia menjawab: Aku bukan mendengarnya dari Rasulullah s.a.w atau aku temui di dalam kitab Allah, tetapi Usamah bin Zaid yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: Riba itu terdapat dalam penangguhan pembayarannya.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 2990

Translation

Abu Sa'id Al-Khudri, may Allah be pleased with him, said:
Dinar (gold) for dinar and dirham for dirham can be (exchanged) with equal for equal; but he who gives more or demands more, in fact, deals in usury. I said to him: Ibn 'Abbas (Allah be pleased with them) says otherwise, whereupon he said: I met Ibn 'Abbas (Allah be pleased with them) and said: Do you see what you say; have you heard it from Allah's Messenger (may peace be upon him), or found it in the Book of Allah, the Glorious and Majestic? He said: I did not hear it from Allah's Messenger (may peace be upon him), and I did not find it in the Book of Allah (Glorious and Majestic), but Usamah bin Zaid narrated it to me that Allah's Messenger (may peace be upon him) said: There is element of usury in credit. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 2990

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my