Indeks Kitab

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
Diriwayatkan daripada Abu Nadhrah r.a katanya: Aku pernah bertanya Ibnu Abbas tentang tukar menukar barang yang sejenis. Beliau bertanya semula: Adakah saling menerima? Aku menjawab: Ya! Maka beliau berkata: Itu tidak mengapa. Aku memberitahu Abu Said, kataku: Aku pernah bertanya kepada Ibnu Abbas tentang tukar menukar barang yang sejenis. Beliau bertanya semula: Apakah terus diserah terima? Aku menjawab: Ya! Beliau berkata: Kalau begitu, tidak mengapa. Abu Said berkata: Benarkah dia berkata begitu? Aku akan menulis surat kepadanya supaya dia tidak lagi memberi fatwa begitu kepada kamu. Demi Allah beberapa orang pemuda pernah menghadap Rasulullah s.a.w dengan membawa kurma tetapi baginda tidak mengenali kurma tersebut. Baginda bersabda: Kurma ini kelihatan bukan hasil dari tanah kita. Pemuda tadi berkata: Inilah yang berlaku pada kurma kita, hasilnya tidak begitu baik atau mungkin juga pemuda tersebut berkata: Pada tahun ini tamar kita tidak begitu baik. Oleh itu saya menukarnya dengan kurma ini secara melebihkannya sedikit. Baginda bersabda: Kamu telah melebihkannya, bererti kamu telah melakukan riba. Jangan sekali-kali kamu lakukan perkara sebegini. Apabila ada sesuatu yang meragukan tentang kurmamu maka juallah kurmamu itu kemudian belilah kurma yang kamu inginkan.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 2988

Translation

Abu Sa'id Al-Khudri's Hadith, may Allah be pleased with him.
Abu Nadrah reported: I asked Ibn 'Abbas, may Allah be pleased with them, about the conversion (of gold and silver for silver and gold). He said: Is it hand to hand exchange? I said: Yes, whereupon he said: There is no harm in it. I informed Abu Sa'id about it, telling him that I had asked Ibn 'Abbas about it and he said: Is it hand to hand exchange? I said: Yes, whereupon he said: There is no harm in it. He (Abu Sa'id) said: Did he really say that! I will write to him, but do not follow his judgment. For I swear by Allah that it happened that some young men brought some dates to Allah's Messenger, peace be upon him. But the Messenger denied it saying: This date seems not to be the product of our land. One of them said: Our date this year had something bad, thus, I took this (sound) date for a more quantity of our dates. Upon that, Allah's Messenger said: Have you taken usury! Do not approach this act again. If you doubt about something of your date, then sell it and buy whatever date you wish. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 2988

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my