Indeks Kitab

Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Ketika ayat ini diturunkan: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَرفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِيِّ Yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suara kamu melebihi suara Nabi. Hingga ke akhir ayat 2 surat Al-Hujurat. Thabit bin Qais sedang duduk di rumahnya dan berkata: Aku ini termasuk dari ahli Neraka! Beliau bersembunyi dari Nabi s.a.w sehingga Nabi s.a.w bertanya Saad bin Muaz. Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Abu Amru, bagaimanakah keadaan Thabit? Adakah dia sakit? Saad menjawab: Keadaannya seperti biasa dan aku tidak mendengar apa-apa berita yang menyatakan dia sakit. Anas berkata: Lalu Saad pun menziarahinya dan memberitahu kepadanya tentang percakapan beliau dengan Rasulullah s.a.w. Thabit berkata: Ayat ini diturunkan, sedangkan kamu semua mengetahui bahawa aku adakah orang yang paling keras bersuara, melebihi suara Rasulullah s.a.w. Kalau begitu aku ini termasuk dari ahli Neraka. Maka Saad menceritakan hal itu kepada Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: Bahkan beliau termasuk dari kalangan ahli Syurga.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 170

Translation

It is narrated on the authority of Anas bin Malik, may Allah be pleased with him:
When this verse: O you who believe! Raise not your voices above the voice of the Prophet (SAW) was revealed, Thabit bin Qais confined himself in his house and said: I am one of the denizens of Fire, and he deliberately avoided coming to the Messenger (may peace be upon him). The Messenger (may peace be upon him) asked Sa'd bin Mu'adh about him and asked: Abu 'Amr, how is Thabit? Has he fallen sick? Sa'd said: He is my neighbor, but I do not know of his illness. Sa'd came to him (Thabit), and conveyed to him the message of Allah's Messenger (may peace be upon him). Upon this Thabit said: This verse was revealed, and you are well aware of the fact that, among all of you, mine is the voice louder than that of Allah's Messenger (may peace be upon him), and so I am one among the denizens of Fire. Sa'd informed the Holy Prophet about it. Upon this Allah's Messenger (may peace be upon him) observed: (Nay, not so) but he (Thabit) is one of the dwellers of Paradise. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 170

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my