Indeks Kitab

Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Kami dilarang bertanya sesuatu kepada Rasulullah s.a.w. Maka kami merasa amat bertuah apabila seorang kampung yang cukup bijak datang menghadap Rasulullah s.a.w untuk bertanya kepada baginda di mana kami dapat mendengar perbualannya. Kemudian datang pula seorang lelaki dari daerah pendalaman lalu bertanya baginda: Wahai Muhammad! Utusanmu telah datang kepada kami dan menyatakan kepada kami bahawa engkau telah diutuskan oleh Allah. Lalu Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Memang benar. Lelaki tersebut bertanya lagi: Sekiranya benar, siapakah yang menciptakan langit? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Allah. Lelaki tersebut bertanya lagi: Siapakah yang menciptakan bumi? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Allah. Kemudian lelaki tersebut bertanya: Siapakah yang menegakkan gunung-ganang dan menjadikannya sebagaimana sekarang? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Allah. Lelaki tersebut terus bertanya: Demi Pencipta langit dan bumi serta menegakkan gunung-ganang, adakah Allah yang telah mengutuskanmu? Rasulullah s.a.w. menjawab dengan bersabda: Ya. Lelaki itu bertanya lagi: Utusanmu mendakwa bahawa kami wajib mendirikan sembahyang sebanyak lima waktu sehari semalam. Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Memang benar. Lelaki tersebut bertanya lagi: Demi Allah yang mengutusmu, adakah Dia yang mewajibkan perkara ini kepadamu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Ya. Lelaki tersebut bertanya: Utusanmu mendakwa bahawa kami wajib mengeluarkan zakat dari harta kami. Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Memang benar. Lelaki tersebut bertanya lagi: Demi Allah yang mengutusmu, adakah Dia yang mewajibkan perkara ini kepadamu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Ya. Lelaki tersebut berkata lagi: Utusanmu juga mendakwa bahawa kami diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan setiap tahun. Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Memang benar. Lelaki tersebut bertanya lagi: Demi Allah yang mengutusmu, adakah Dia yang mewajibkan perkara ini kepadamu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Ya. Lelaki tersebut berkata lagi: Utusanmu mendakwa bahawa kami wajib mengerjakan Haji di Baitullah, sekiranya berkemampuan. Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Memang benar. Kemudian lelaki tersebut beredar sambil berkata: Demi Allah yang mengutuskanmu dengan kebenaran, aku tidak akan menambah atau mengurangi apa yang telah engkau jelaskan. Setelah mendengar kata-kata lelaki tersebut, baginda pun bersabda: Sekiranya dia membenarkan sebagaimana yang diucapkannya nescaya dia akan masuk Syurga.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 13

Translation

Anas bin Malik, may Allah be pleased with him, said:
We were forbidden to ask Allah's Messenger about anything (without the genuine need). It, therefore, pleased us that an intelligent person from the dwellers of the desert should come and ask him (the Holy Prophet) and we should listen to it. A man from the dwellers of the desert came (to the Holy Prophet) and said: Muhammad, your messenger came to us and told us that you claim that Allah had sent you (as a prophet). He (the Holy Prophet) remarked: He told the truth. He (the Bedouin) asked: Who created the Heaven? He (the Holy Prophet) replied: Allah. He (the Bedouin again) asked: Who created the earth? He (the Holy Prophet) replied: Allah. He (the Bedouin again) asked: Who raised these mountains and who created in them whatever is created there? He (the Holy Prophet) replied: Allah. Upon this he (the Bedouin) remarked: By Him Who created the Heaven and created the earth and raised mountains thereupon, has Allah (in fact) sent you? He (the Holy Prophet) said: Yes. He (the Bedouin) said: Your messenger also told us that five Prayers (had been made) obligatory for us during the day and night. He (the Holy Prophet) remarked: He told you the truth. He (the Bedouin) said: By Him Who sent you, is it Allah Who ordered you about this (i.e. Prayers)? He (the Holy Prophet) said: Yes. He (the Bedouin) said: Your messenger told us that Zakah had been made obligatory in our riches. He (the Holy Prophet) said: He has told the truth. He (the Bedouin) said: By Him Who sent you (as a prophet), is it Allah Who ordered you about it (Zakah)? He (the Holy Prophet) said: Yes. He (the Bedouin) said: Your messenger told us that it had been made obligatory for us to fast every year during the month of Ramadan. He (the Holy Prophet) said: He has told the truth. He (the Bedouin) said: By Him Who sent you (as a prophet), is it Allah Who ordered you about it (the Fasting of Ramadan)? He (the Holy Prophet) said: Yes. He (the Bedouin) said: Your messenger also told us that Pilgrimage (Hajj) to the House (of Ka'bah) had been made obligatory for whoever is able to undertake the journey to it. He (the Holy Prophet) said: He has told the truth. The narrator said that he (the Bedouin) set off (at the conclusion of this answer, but at the time of his departure) remarked: By Him Who sent you with the Truth, I would neither make any addition to them nor would I diminish anything out of them. Upon this the Holy Prophet remarked: If he were truthful (to what he said) he must enter Paradise. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 13

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my