Indeks Kitab

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Ketika kami bersama Rasulullah dalam peperangan Hunain, Rasulullah telah berkata kepada seorang lelaki yang diakui sebagai seorang muslim: Dia tergolong dalam golongan ahli Neraka. Ketika kami di medan pertempuran, lelaki itu telah berperang dengan bersungguh-sungguh menyebabkan dia mengalami luka yang parah. Ada yang melaporkan kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah! Lelaki yang engkau katakan sebelum ini bahawa dia merupakan ahli Neraka telah berjuang pada hari ini dengan penuh semangat dan dia telah mati. Rasulullah s.a.w telah bersabda: Dia akan ke Neraka. Sebahagian kaum Muslimin merasa ragu. Pada saat itu datang seseorang melaporkan bahawa dia tidak mati kerana berjuang, tetapi luka parah. Pada malam itu, dia tidak sabar menghadapi kesakitan lukanya lalu telah membunuh dirinya sendiri, hal itu telah dilaporkan kepada Rasulullah. Rasulullah terus bertakbir: الله أكبر dan berkata Aku bersaksi bahawa aku adalah hamba Allah dan Rasul-Nya. Lalu Rasulullah menyuruh Bilal r.a memberitahu semua orang bahawasanya tidak akan masuk Syurga kecuali jiwa atau orang yang berserah diri iaitu Muslimah. Sesungguhnya Allah telah menguatkan lagi agama ini dengan seorang lelaki yang gagah perkasa.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 162

Translation

Abu Hurairah, may Allah be pleased with him, reported:
We participated in the Battle of Hunain along with the Messenger of Allah (may peace be upon him). He (the Holy Prophet) said about a man who claimed to be a Muslim that he was one of the denizens of the Fire (of Hell). When we were in the thick of the battle that man fought desperately and was wounded. It was said: Messenger of Allah, the person whom you at first called as the denizen of Fire fought desperately and died. Upon this the Messenger of Allah (may peace be upon him) remarked: He was doomed to the Fire (of Hell). Some men were on the verge of doubt (about his fate). Meanwhile it was said that he was not dead but fatally wounded. When it was night he could not stand the (pain of his) wound, and killed himself. The Messenger (may peace be upon him) was informed of that. He (the Holy Prophet) observed: Allah is the Greatest, I bear testimony to the fact that I am the servant of Allah and His Messenger. He then commanded Bilal to announce to the people that none but a Muslim would enter Paradise. Verily Allah helps this faith even by a sinful person. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 162

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my