Indeks Kitab

Hadis Miqdad bin Al-Aswad r.a:
Beliau telah bertanya Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah, apakah pendapatmu sekiranya aku berjumpa dengan seorang lelaki dari golongan orang-orang kafir, lalu menyerangku dan memotong salah satu dari tanganku dengan pedangnya. Kemudian dia lari dariku dan berlindung di sebalik sepohon kayu, lalu berkata, aku menyerah diri kerana Allah. Adakah aku boleh membunuhnya selepas dia mengucapkan ungkapan itu? Rasulullah bersabda: Janganlah engkau membunuhnya. Miqdad tidak berpuas hati lalu membantah: Wahai Rasulullah! Lelaki itu telah memotong tanganku kemudian telah mengungkapkan ungkapan tersebut selepas memotongnya, adakah aku boleh membunuhnya? Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu membunuhnya, sekiranya kamu membunuh lelaki itu, sesungguhnya dia seperti kamu sebelum kamu membunuhnya dan sesungguhnya kamu sepertinya sebelum dia mengucapkan perkataan tersebut.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 139

Translation

Al-Miqdad bin Al-Aswad, may Allah be pleased with him, reported:
I said: Messenger of Allah, you just see (here is a point): If I encountered a person among the infidels (in the battlefield) and he attacked me and struck me and cut off one of my hands with the sword. Then he (in order to protect himself from me) took shelter of a tree and said: I become Muslim for Allah's sake. Messenger of Allah, can I kill him after he had uttered this? Allah's Messenger (may peace be upon him) said: Do not kill him. I (the narrator) said: Messenger of Allah, he cut off my hand and uttered this after amputating it; should I then kill him? Allah's Messenger (may peace be upon him) said: Do not kill him, for if you killed him, verily he would be in your position before you killed him and verily you would be in his position before uttering his words. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 139

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my