Indeks Kitab

Hadis Abdullah bin Umar r.a:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka. Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka? Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 114

Translation

'Abdullah bin 'Umar, may Allah be pleased with them, reported:
Allah's Messenger (may peace be upon him) observed: O women folk, you should give charity and ask much forgiveness for I saw you in bulk among the dwellers of Hell. A wise lady among them asked: Why is it, Messenger of Allah, that our folk is in bulk in Hell? Upon this the Holy Prophet observed: You curse too much and are ungrateful to your spouses. I have seen none lacking in common sense and failing in religion but (at the same time) robbing the wisdom of the wise besides you. Upon this the woman remarked: What is wrong with our common sense and with religion? He (the Holy Prophet) observed: Your lack of common sense (can be well judged from the fact) that the testimony of two women is equal to one man, that is a proof of the lack of common sense, and you spend some nights (and days) in which you do not offer the Prayer and in the month of Ramadan (during the days) you do not observe Fast, that is a failing in religion. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 114

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my