Indeks Kitab

Hadis Aisyah r.a:
Diriwayatkan daripada Masruq r.a katanya: Aisyah berkata: Suatu hari Rasulullah s.a.w datang menemuiku, sedangkan ketika itu ada seorang lelaki sedang duduk di sisiku. Tentu saja dia merasa serba salah. Rasulullah s.a.w kelihatan tidak senang hati terhadap aku. Aku menjelaskan: Wahai Rasulullah! Ini adalah saudara sepersusuanku. Baginda lalu bersabda: Cuba kamu lihat dulu saudara-saudara perempuan sepersusuanmu! Sesungguhnya persusuan yang dianggap sah dan dibenarkan ialah anak yang disusu masih kecil dan susu yang diberikan dapat membantu menghilangkan dahaga dan lapar.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 2642

Translation

'A'ishah, may Allah be pleased with her, reported:
Allah's Messenger (may peace be upon him) visited me when a man was sitting near me, and he seemed to disapprove of that. And I saw signs of anger on his face and I said: Messenger of Allah, he is my foster-brother, whereupon he said: Consider who your foster-brothers are, since wet-nursing is through hunger (i.e. in infancy). Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 2642

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my