Indeks Kitab

Hadis Ummu Habibah binti Abu Sufian r.a katanya:
Ketika Rasulullah s.a.w menemuiku, aku bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah! Adakah anda berminat terhadap saudara perempuanku, iaitu puteri Abu Sufian? Rasulullah s.a.w bertanya dengan bersabda: Maksudmu apa yang harus aku lakukan? Aku menjawab: Berkahwin dengannya. Rasulullah s.a.w bertanya: Benarkah kamu inginkan begitu? Aku menjawab: Saya tidak akan membenarkan anda tanpa bermadu dan saya ingin orang yang menjadi madu saya dalam soal kebajikan ialah saudara saya tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda: Tetapi sayangnya saudara perempuanmu itu tidak halal bagiku. Aku berkata kepada baginda: Aku diberitahu bahawa anda akan melamar Durrah binti Abu Salamah? Baginda bertanya kembali: Puteri Ummu Salamah? Aku menjawab: Ya! Baginda bersabda: Andainya Durrah bukan anak tiri yang dalam peliharaanku, dia tetap tidak halal untukku kerana dia adalah anak saudara sepersusuanku. Aku dan Abu Salamah disusukan oleh Suwaibah. Maka janganlah kamu menawarkan anak-anak dan saudara perempuanmu.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 2626

Translation

Umm Habibah bint Abi Sufyan, may Allah be pleased with her, reported:
The Messenger of Allah (may peace be upon him) came to me and I asked him: Have you any inclination towards my sister, the daughter of Abu Sufyan? He (the Holy Prophet) asked: Then what should I do? I said: Marry her. He asked: Would you like I did that? I said: I am not the exclusive (wife) of yours; I wish my sister to join me in good. He said: She is not lawful for me. I said: I have been informed that you have given the proposal of marriage to Durrah bint Abi Salamah. He said: You mean the daughter of Umm Salamah? I said: Yes. He said: Even if she had not been my step-daughter brought up under my guardianship, she would not have been lawful for me, for she is the daughter of my foster-brother (Hamzah), for Thuwaibah had suckled me and her father. So do not give me the proposal of the marriage of your daughters and sisters. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 2626

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my