Indeks Kitab

Hadis Abu Hurairah r.a:
Bahawa ada seorang perempuan berkulit hitam atau seorang pemuda yang selalu membersihkan masjid. Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w merasai ketiadaannya iaitu tidak menemuinya. Lalu baginda bertanya mengenainya. Para sahabat menjawab: Dia telah meninggal dunia. Rasulullah s.a.w menegur: Kenapa kamu tidak memberitahuku? Para sahabat menjawab: Kami menganggap ianya adalah urusan kecil sahaja. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Tunjukkanlah kuburnya kepadaku. Maka mereka menunjukkannya kepada baginda. Baginda mendirikan sembahyang di atas kuburnya dan setelah itu bersabda: Sesungguhnya kubur itu penuh dengan kegelapan bagi penghuninya dan Allah s.w.t meneranginya dengan sebab sembahyangku ke atas mereka.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 1588

Translation

Abu Hurairah, may Allah be pleased with him, reported:
A dark-complexioned woman (or a young man) used to sweep the mosque. The Messenger of Allah (may peace be upon him) missed her (or him) and inquired about her (or him). The people told him that she (or he) had died. He asked why they did not inform him, and it appears as if they had treated her (or him) or her (or his) affairs as of little account. He (the Holy Prophet) said: Lead me to her (or his) grave. They led him to that place and he performed the Prayer over her (or him) and then remarked: Verily, these graves are full of darkness for their dwellers. Verily, the Mighty and Glorious Allah illuminates them for their occupants by reason of my Prayer over them. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 1588

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my