Indeks Kitab

Hadis Abu Musa r.a katanya:
Telah berlaku gerhana matahari pada zaman Rasulullah s.a.w. Baginda bangkit dengan terkejut, bimbang kalau-kalau hari itu adalah Hari Kiamat. Kemudian beliau datang ke masjid lalu mendirikan sembahyang. Baginda berdiri, rukuk dan sujud dalam tempoh yang lama. Aku tidak pernah melihat sama sekali baginda bersembahyang begitu. Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya inilah ayat-ayat (tanda-tanda) yang diutuskan oleh Allah dan berlakunya bukanlah kerana kematian seseorang atau juga dihidupkan seseorang tetapi Allah mengutusnya untuk menakutkan (memberi amaran) kepada hamba-hambaNya. Oleh itu apabila kamu melihatnya maka bersegeralah mengingati-Nya, berdoa kepadaNya dan memohon keampunan dariNya.

Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 1518

Translation

Abu Musa, may Allah be pleased with him, reported:
The sun eclipsed during the time of the Messenger of Allah (may peace be upon him). He stood in great anxiety fearing that it might be the Doomsday, till he came to the mosque. He stood up to pray with prolonged standing, bowing and prostration which I never saw him doing in the Prayer; and then he said: These are the signs which Allah sends, not on account of the death or life of anyone, but Allah sends them to frighten His servants thereby. So when you see any such thing, hasten to remember Him, supplicate Him and beg pardon from Him. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 1518

Paparkan Hadith Di Blog Anda

webmaster@mymasjid.net.my