Hadis Rasullulah S A W

Oleh TuKuN
14-Oct-2002 14:38
Diriwayatkan daripada Nu'man bin Basyir r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Perumpamaan orang-orang beriman yang saling cinta-mencintai dan saling menyayangi serta mengasihi di antara satu sama lain adalah seperti satu tubuh. Apabila salah satu dari anggotanya sakit, keseluruhan anggota-anggota yang lain akan menderita sehingga tidak boleh tidur dan merasa demam.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Dorongan supaya saling berkasih-sayang, berlemah-lembut dan saling cinta-mencintai sesama umat Islam supaya masyarakat Islam dilimpahi rahmat, kasih-sayang dan kerjasama kerana semua perkara ini dapat mewujudkan rasa kebersamaan dalam mengalami saat-saat kesenangan dan kesedihan.
2- Memandang tinggi terhadap kewajipan di antara sesama umat Islam dan menggalakkan mereka supaya saling berkasih-sayang sesama mereka.
'the truth is out there'

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my