myMasjid | Majlis Ilmu | Download Audio Kuliah| Forum | Komuniti | Al-Quran | Sahih Muslim | Emel Percuma Login :: Daftar :: Lupa Kata Laluan
 

Maklumat Pengguna

Nama :azrul alwi
Umur :32
Jantina :lelaki
Lokasi : Pulau Pinang, Kedah
Pekerjaan :Programer Cabok .. macam dulu lagi
Tarikh Daftar :2006-03-23 11:00:59
Terakhir aktif :2008-09-15 14:49:16
IP Terakhir :121.120.216.128




Tentang azrul alwi

Ini merupakan contoh bagaimana anda boleh menulis teks untuk membentuk maklumat diri anda

Suruhanjaya Diraja benarkan orang awam ikuti prosiding mulai 14 Januari

KUALA LUMPUR: Siasatan Suruhanjaya Diraja berhubung rakaman klip video mengandungi perbualan telefon antara seorang peguam dengan hakim kanan yang dikatakan mengatur pelantikan hakim, akan diadakan secara terbuka selama dua minggu mulai 14 Januari depan.

Pengerusinya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor, berkata suruhanjaya itu sebulat suara bersetuju membenarkan orang ramai dan media mengikuti prosiding itu yang akan diadakan di sebuah mahkamah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini sehingga 25 Januari.

Bagaimanapun, beliau berkata, suruhanjaya masih mempunyai budi bicara untuk memerintahkan prosiding dijalankan secara tertutup jika berasakan perlu, seperti untuk melindungi saksi.

Haidar juga menegaskan skop siasatan hanya merangkumi isu klip video berkenaan tanpa mengambil kira unsur luar, seperti laporan polis yang dibuat adik peguam Datuk V K Lingam atau sebarang isu berkaitan badan kehakiman sebelum ini.

"Skop kami adalah seperti yang diberikan oleh Yang Di-pertuan Agong saja kerana suruhanjaya ini adalah lanjutan kepada panel bebas khas (yang menyiasat isu itu sebelum ini)," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama suruhanjaya itu di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, semalam.

Hadir sama, empat anggota lain suruhanjaya itu, iaitu bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar; bekas Peguam Cara Negara, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan Pesuruhjaya Suhakam, Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim, manakala Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, bertindak sebagai setiausaha.

Mesyuarat itu membincangkan prosedur yang akan digunakan dalam siasatan terhadap klip video itu.

Pelantikan anggota suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 12 Disember lalu.

Bidang kuasa suruhanjaya itu termasuk menyiasat dan menentukan kesahihan rakaman klip video berkenaan, menyiasat dan mengenal pasti identiti pihak-pihak dalam perbualan itu, menyiasat kebenaran perbualan, menentukan sama ada terdapat salah laku oleh orang yang dikenal pasti dan mengesyorkan tindakan yang perlu diambil.

Suruhanjaya itu diberi tempoh tiga bulan untuk menyerahkan laporan hasil siasatan berkenaan.

Haidar berkata, tempoh itu boleh dilanjutkan, tetapi pihaknya yakin dapat menyelesaikan tugas berkenaan sebelum 11 Mac depan.

Beliau juga berkata, Timbalan Kanan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Nordin Hassan dan dari Jabatan Peguam negara, Datuk Azmi Ariffin, dilantik bagi membantu menyediakan senarai saksi untuk dipanggil suruhanjaya itu.

 

Antara topik-topik oleh azrul alwi

Tinggalkan pesanan kepada azrul alwi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Waktu Solat & Berbuka Puasa

Kuala Lumpur
20 November 2008, 22 Zulkaedah 1429
[ Lihat Kawasan Lain ]
Imsak : 05:31 Asar : 16:24
Subuh : 05:41 Magrib : 18:59
Syuruk : 07:01 Isyak : 20:12
Zohor : 13:02    
Powered By : WaktuSolat.net

Iklan

http://www.zawiahshop.com
Sertai myJodoh, Portal Mencari Jodoh Untuk Muslimin dan Muslimat
Digital Furqan
Jelita2u Shopping .. shopping ..

Majlis Ilmu

Respon Terkini Di Forum

Pengguna Online

ashfatCahaya CintaNorhisham bin Sallehima_4280sham vdaCahaya Anjalyni_hayuNorSaidaH TajudiNpakusuAdilmlayyleadhkakraihanyUsAnGgErIkzatieyqutreenQorie AfifiDOL2021jauhariMariadeanna78hasnorfaizuraSUKRI41Zindagi Ekk SafarnurDiaabang_bisoHermizanHalihanafiahmya

Komuniti Telatah Orang Kampung

62 online user(s)

Sebarang Masalah, Sila Hubungi Webmaster : azrul.alwi@gmail.com