Murtad/kristianisasi Dari Kajian Peguam Zulkifli Nordin

Oleh budak_nakal
30-Jan-2003 11:28
Assalamualaikum,

Berikut adalah petikan dari ceramah pada tahun lepas oleh Peguam Zulkifli Nordin yang tidak asing lagi kepada kita berjodol “Islam Tercabar”. Ceramah ini mengenai ancaman murtad dan dakwah Kristianisasi terhadap orang Melayu. (Kaset ceramah ini masih boleh didapati, juga kaset ceramah berjodol "Ancaman Murtad")

Peguam Zulkifli Nordin menegaskan bahawa ancaman murtad dan Kristianisasi terhadap orang Melayu di Malaysia merupakan masalah yang pokok dan sangat serius kepada orang Melayu tetapi perkara ini dihalang oleh pihak berkuasa dari dibawa ke tengah. Sebaliknya pula ancaman murtad dan kristianisasi ini telah diperlekehkan oleh pihak berkuasa. Bila hendak cakap pasal isu murtad, tidak boleh.

Pihak berkuasa telah mengundang Sheikh Tantawi dari Al Azhar, dan TV3 telah memutar-belitkan dengan pembohongan besar bahawa Sheikh Tantawi telah berkata murtad ini hendaklah dibiarkan. Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Sheikh Tantawi dalam Bahasa Arab adalah “ummat Islam tidak lagi boleh berdiam diri terhadap gulungan murtad yang melakukan fitnah dan ancaman terhadap agama Islam…..dan umat Islam wajar memerangi gulungan yang meninggalkan agama itu..” Pihak berkuasa telah sanggup pusingkan kenyataan Sheikh Tantawi itu.

Peguam Zulkifli Nordin menegaskan , “masalah murtad hari ini serius tuan-tuan, dah serius, bukan serius dari segi nombor sahaja. Hari ini kalau ikut kata Mufti dah 3,000 lebih .”

Seterusnya dalam ceramah itu Peguam Zulkifli Nordin berkata beliau telah bertemu secara sulit dengan bekas Paderi Besar Seluruh Sabah yang memeluk Islam pada tahun 1991, ia-itu Saudara Tajuddin Othman (disebut Tajuddin Omar oleh Peguam Zulkifli). Bekas Paderi Besar Sabah itu mengesahkan bahawa apa yang telah didedahkan oleh seorang lagi bekas Paderi Kristian, Joseph Salleh di Sekolah Raja Shariman, Bruas pada tahun 1987 adalah betul. Joseph Salleh telah mendedahkan di Bruas bahawa 15,000 orang Melayu telah murtad, dan ditangan beliau sahaja seramai lebih 3,000 orang Melayu yang dimurtadkannya kepada agama Kristian.

Guru Besar di Sekolah Raja Shariman di Bruas pada ketika itu telah mengesahkan kepada Peguam Zulkifli Nordin bahawa majlis pendedahan kegiatan kristianisasi oleh bekas Paderi Joseph Salleh pada tahun 1987 di sekolah tersebut sememangnya berlaku.

Peguam Zulkifli Nordin mengingatkan kita bahawa disalah suatu Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO telah disebutkan bilangan Melayu yang menukar nama atas alasan agama adalah seramai 541 orang. Timbalan Menteri Dalam Negeri pada bulan Mac 1999 memberi angka 795 orang. Tetapi dalam rekod Pusat Islam hanya 18 orang sahaja yang telah murtad. Angka mereka bertukar-tukar macam nombor Ekor.

Pembohongan pihak berkuasa yang terbaru adalah kenyataan bahawa hanya seorang Melayu sahaja yang murtad, iaitu Nuraisyah Bukhari, itu pun dikatakan beliau sudah kahwin secara Islam di Melaka dan sudah pun pulang ke rumah ayahnya Haji Bukhari di Pontian pada Hari Raya Haji tahun 1998. Ini suatu pembohongan besar oleh pihak berkuasa dan Hj Bukhari dengan keras menafikan bahawa anaknya Nuraisyah telah kembali kepada Islam Malahan beliau tidak pernah melihat anaknya Nuraisyah sejak ianya diculik dan dikristiankan. Zulkifli Nordin adalah peguam kepada Hj Bukhari.

Memandangkan pihak berkuasa tidak boleh dipercayai maka Peguam Zulkifli Nordin telah membuat kajiannya sendiri. Beliau mendapat bantuan saorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara yang memberi beliau melihat fail-fail yang berkenaan. Kerana fail begitu tinggi Saudara Nordin hanya sempat menyemak fail-fail sehingga 30 April 1997 sahaja .

Didapati dari rekod Jabatan Peguam Negara sehingga 30 April 1997 seramai 689 orang Melayu telah memohon menukar nama atas alasan pertukaran agama, kebanyakkannya kepada agama Kristian. Dari segi pecahan umur adalah seperti berikut:

21 hingga 30 tahun - 340 orang Melayu tukar nama atas pertukaran agama
31 hingga 40 tahun - 154 orang
41 hingga 50 tahun - 35 orang
51 hingga 60 tahun - 35 orang
61 hingga 70 tahun - 18 orang


Dari segi pecahan mengikut jantina pula : lelaki 264 orang Melayu yang telah murtad dan perempuan seramai 425 orang.

Dari segi pecahan mengikut negeri : Selangor = 191, Wilayah Persekutuan = 175. Pulau Pinang = 96, Perak = 51, Kedah = 40, Negeri Sembilan = 34, Sabah = 34, Johor = 30, Melaka = 14, Pahang = 13. Sabah = 8, Perlis = 1, Terengganu = 1 dan Kelantan = 1.

Sebanyak 17 kes sedang menunggu keputusan mahkamah pada ketika Peguam Zulkifli Nordin memberi ceramah tersebut dalam bulan Mac 1999.

Peguam Zulkifli Nordin berkata : “ Ini menunjukkan kepada kita bahawa murtad memang berlaku di negara kita. Yang kita hairan kenapa ada pihak yang tak mahu sangat benda ini di tonjol, tengahkan sampai sanggup buru orang yang dok cerita murtad, Sampai sanggup cerita murtad ini ditutup dan dipalsukan. Kita sudah sampai ke peringkat yang serius.”

Peguam Zulkifli Nordin seterusnya mendedahkan pelancaran dakwah kristianisasi melalui internet di bawah projek bernama “Windows 1040”. Target group adalah kanak-kanak Melayu di Nusantara. Di Malaysia Kristian missionary sudah berani mengedarkan pamplet agama mereka kepada orang-orang Melayu terutamanya kanak-kanak sekolah belasan tahun.

Panjang lagi ceramah Peguam Zulkifli Nordin tetapi saya jangka apa yang telah saya berikan sudah mencukupi buat masa ini untuk menunjukkan betapa seriusnya gejala murtad dan kegiatan Kristianisasi yang sedang mengancam bangsa melayu kita. Kerana pihak berkuasa membisu dan memperlekehkan ancaman ini maka kita perlu sentiasa mengingatkan orang Melayu. Nampaknya avenue yang ada hanyalah di website reformasi seperti Tranung Kite dan Laman Reformasi.

Akhir kata dan seperti yang telah dikatakan oleh saudara netter kita Alim Mujahid “Allah sememangnya dah 'warning' awal-awal....Firman Allah : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. (Al Baqarah : 120)

Semata-mata kerana Allah
RAHSIA DI HATI, TAK SIAPA YANG TAHU...
Sent to myMasjid eGroups: 1/30/2003 11:28:09 AM
Sent to MelayuCyber eGroups: 1/30/2003 11:28:09 AM
Sent to Utusan_rasul eGroups: 1/30/2003 11:28:09 AM

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my