Hadis Rasulullah S A W

Oleh TuKuN
20-Jan-2003 16:22:59
Diriwayatkan daripada Abu Zar r.a, daripada nabi s.a.w baginda meriwayatkan sebuah Hadis Qudsi yang diterima daripada Allah s.w.t sesungguhnya Allah s.w.t berfirman:
Wahai hambaKu! Sesungguhnya Aku mengharamkan ke atas diriKu dari berlaku zalim dan Aku juga mengharamkannya kepada kamu, oleh yang demikian janganlah kamu saling menganiayai di antara satu sama lain. Wahai hambaKu! Kamu semua adalah orang yang tersesat kecuali orang yang telah Aku beri petunjuk kepadanya, oleh yang demikian mintalah petunjuk kepadaKu nescaya Aku akan berikan petunjuk kepadamu.

(Hadis riwayat Imam Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan
www.myjodoh.net
Hadis:

1- Zalim adalah termasuk di antara dosa-dosa besar yang boleh menyebabkan orang yang melakukannya terjerumus ke dalam bencana dan menerima siksaan yang pedih di hari kiamat kelak.
2- Disyariatkan supaya berdoa untuk meminta hidayat daripada Allah s.w.t kerana hidayat hanya berada di tangan Allah s.w.t sedangkan semua makhluk adalah hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa untuk dirinya sendiri.
'the truth is out there'
Sent to myMasjid eGroups: 1/20/2003 4:22:53 PM
Sent to MelayuCyber eGroups: 1/20/2003 4:22:53 PM
Sent to Utusan_rasul eGroups: 1/20/2003 4:22:53 PM

 

webmaster@mymasjid.net.my