Risalah Fikir (062) Jadilah Sebidang Tikar Usang

Oleh Ustaz Jalil
29-Jul-2002 02:51:31

RF kali ini mengajak kita sama-sama merenung dgn penuh renungan yang mendalam akanpenerangan seorang sahabat Rasuulullaah saw yg bernama Ibnu Mas'uud r.a. (iaitu AbdullaahIbnu Mas'uud r.a.).

Ibnu Mas'uud r.a. menjelaskan......(mafhumnya).......:

" Bagaimana kamu nanti, apabila FITNAH telah meliputi kamu semua, (dimana)orang-orang tua (dewasa) akan terus bertambah tua dalam FITNAH itu, (dimana) kanak-kanakakan terus subur membesar dan menerima asuhan dalam FITNAH itu, (di mana) manusia(orangramai) akan mengikuti malah berlumba- lumba/berebut-rebut untuk jatuh dalam FITNAHitu, malah mereka akan menganggap dan menjadikan FITNAH itu sebagai SUNNAH.

Apabila (ada golongan yg) cuba untuk mengubah/membetulkan akan FITNAH itu atau apabila(ada golongan yg) cuba ber'amal dgn amalan lain (iaitu amalan yg sebenarnya) dan tidak dgnamalan FITNAH itu, maka dikatakan (kpd golongan tadi) : Haazaa munkar ( maqsudnya: Iniadalah suatu perkara mungkar)".

Lalu ada seorang

www.myjodoh.net
bertanya kpd Ibnu Mas'uud r.a......(mafhumnya).......: " Makabilakah akan terjadinya sedemikian rupa, wahai Abdullaah !". Jawab Ibnu Mas'uudr.a....(mafhumnya)....: "Apabila sedikit sahaja orang-orang yg amanah ada di kalangankamu, dan apabila begitu banyak/ramai sekali para umaraa` (para pemerintah/para pemimpin)ada di kalangan kamu, dan apabila sedikit sahaja para fuqohaa` (orang-orang yg benar-benarmengerti dan memahami akan agama) ada di kalangan kamu, dan apabila begitu ramai sekalipara qurroo` (qori-qori)(tetapi tidak mengerti apa yg dibaca mereka) ada di kalangan kamu,dan apabila dunia dicari dgn menerusi amal akhirat, dan apabila mereka (iaitu orang-orangyg berada di zaman FITNAH itu) belajar/memahami ilmu bukan atas maqsud agama.

Maka diketika itu akan ada para umaraa`/para pemimpin/para pemerintah (yg akanmemerintah) ke atas kamu semua, andaikata kamu menta'ati mereka maka mereka akanmenyesatkan kamu, dan andaikata kamu mendurhakai (tidak menta'ati) mereka maka mereka akanmembunuh kamu".

Maka orang (yg mendengar penjelasan Ibnu Mas'uud r.a.) itu pun bertanya.......(mafhumnya)....: "Maka apakah yang akan engkau perintahkan kpd kami (kiranyakami berada di zaman itu), wahai Abdullaah !". Jawab Abdullaah Ibnu Mas'uudr.a....(mafhumnya)...: " Kun hilsan min ahlaasi baitika wa illaa fannaaru aulaa(maqsudnya :

Jadilah kamu sebidang tikar usang drp tikar-tikar usang yg ada di rumahmu, kalau tidakdemikian maka api neraka adalah lebih layak (untuk kamu)) !! ". Lalu orang (ygbertanya) itu berkata ....(mafhumnya)....: "Engkau telah membunuh daku, wahai IbnuUmmi 'Abd !". [Ibnu Ummi 'Abd adalah nama gelaran bagi Abdullaah Ibnu Mas'uud r.a.].

Bagaimana perasaan dan pengertian antum setelah meneliti dengan sebenar-benar penelitianakan penerangan Ibnu Mas'uud r.a. itu ?

Begitulah perihal dan situasi yg telah di jelaskan oleh beliau r.a., di mana perkara ygmungkar dan fitnah diterima sebagai sunnah dan diamalkan oleh manusia, sementara perkarayg ma'ruuf dan sunnah pula diterima sebagai mungkar dan fitnah dan ditentang olehmanusia.....!!
Aduuhai...

Nampaknya terpaksalah kita bersifat seperti sebidang tikar yg usang yg terletak dimana-mana penjuru rumah kita ! Atau bagaimana ?

Satu soalan : Apakah sifat-sifat atau ciri-ciri sebidang tikar usang yang terletak didalam rumah kita ? (Keee......tak ada seorang pun di antara kita yg mempunyai sebidangtikar usang/buruk/tua/lama di rumah masing-masing, kerana semua tikar/carpets adalah baru-baru dan standard belaka....?)

Sesungguhnya setiap pesanan, petunjuk dan arahan drp Rasuulullaah saw dan para sahabatr.a. adalah tidak boleh dipandang ringan. Pesanan-pesanan, petunjuk-petunjuk danarahan-arahan ini adalah bagaikan lampu-lampu yg menerangi kegelapan malam. Semoga kitasama-sama mengambil i'tibaar......

Wallaahu a'lam. Wassalaamu'alaikum wrb.,
Al-faqiiru ilallaah.

 

webmaster@mymasjid.net.my