Hadis Rasulullah S A W

Oleh TuKuN
26-Nov-2002 08:16:18
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya:
Apabila tiba sepuluh hari terakhir bulan Ramadan Rasulullah s.a.w sentiasa menghidupkan malam dengan beribadat, membangkitkan ahli keluarga serta baginda beribadat dengan bersungguh-sungguh lebih dari kebiasaannya dan menjauhkan diri dari menggauli isteri kerana baginda terlalu kuat beribadat.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

----------------------------------------------------------------------

Pengajaran
www.myjodoh.net
Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Bersungguh-sungguh dalam beribadat dan mempersiapkan diri untuk tujuan tersebut pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan kerana mencontohi Nabi s.a.w.
2- Dorongan supaya bangkit di waktu malam untuk beribadat pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan dan memperbanyakkan ibadat lebih dari kebiasaannya.
3- Membantu umat Islam yang lain untuk beribadat terutamanya ahli keluarga.

'the truth is out there'

 

webmaster@mymasjid.net.my