Rumah Tangga Idaman

Oleh ajin
26-Nov-2002 08:16:03
Rumah Tangga Idaman

Syurga rumah tangga itu fitrah hati
naluri semula jadi yang pinta diisi
kerananya jejaka rela menjadi suami
kerananya perawan rela menjadi isteri
masing-masing dengan harapan
agar rumah tangga membawa kebahagiaan.

Matlamat yang satu
tapi jalannya berliku
destinasinya sama
tapi kaedahnya berbeza
lalu bermacam jalanlah ke sana.

Ada yang mengatakan
bahagia itu pada harta
diukir dari intan permata
(gah, suamiku seorang jutawan).

Tidak kurang merasakan
bahagia itu pada rupa
ditempa oleh wajah rupawan
(wah, isteriku seorang ratu).

Ramai juga yang merasakan
bahagia itu pada kuasa
dituai oleh pangkat dan jawatan
(wah, suamiku seorang negarawan).

Pelbagai jalan menimbulkan dilema
mencari yang benar mempelai tersasar
kalau bahagia itu pada harta
kalaulah bahagia itu pada nama
kalaulah bahagia itu pada rupa
kalaulah bahagia itu pada
www.myjodoh.net
kuasa

kenapa Charles dan Diana berpisah?
kenapa Elvis dan Priscilla berpecah?
kenapa Onassis dan Jackie bertelagah?.

Bahagia itu dari dalam hati

kesannya lahir rupanya maknawi
terpendam bagai permata dalam hati
terbenam bagai mutiara disalut nurani.

Bahagia itu pada hati
bertakhta di kerajaan diri
bahagia itu pada jiwa
mahkota itu di singgahsana rasa
bahagia itu kesabaran
apabila susah tak gelisah
apabila miskin tak pemarah
apabila gagal tidak resah
oh suamiku, Innalillah ....

Bahagia itu kesyukuran
apabila kaya pemurah
apabila berkuasa amanah
apabila berjaya tidak apa
oh isteriku, alhamdulillah ....

Hakikatnya bahagia itu ketenangan
apabila hati mengingati Tuhan
firman Allah:
ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati
suami isteri sama-sama mengerti
maksud tersemi takdir Ilahi
itulah zikir yang hakiki.

Binalah rumah tangga atas tapak iman
tuluskan niat, luruskan matlamat
“suamiku, kaulah pemimpin menuju Ilahi”
“isteriku, kaulah permaisuri hati ....”
penyeri Islamku nanti
muktamadlah akad sahlah nikah
dengan nama Allah
gerbang perkahwinan pun terserlah.

Di atas tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
iman itu tujuan
syariat itu jalan
tempat merujuk segala permasalahan
tempat mencari semua penyelesaian
“isteriku, taatilah hukum Allah”
“suamiku, patuhilah sunah Rasulullah s.a.w.”

Binalah hidup di neraca makruf
rumah jadi sambungan madrasah
seninya kerana solat
indahnya oleh munajat
tapaknya ... iman
jalannya ... syariat
natijahnya ... akhlak
tiga penjamin segala
kunci kebahagiaan rumah tangga
dan terciptalah:
“setia dan penyayang suami”
“cinta dan kasih isteri”

Lalu berbuahlah
mahmudah demi mahmudah
yang melahirkan soleh dan solehah!

Anisah Hashim
GU 10 Mei 2001


TAAT SETIA......Guns don't kill people, I kill people, all the sudden....somebody kill me

 

webmaster@mymasjid.net.my