Penjara Palestin Bertukar Menjadi Universiti Pengajian Islam

Oleh huzaifah
12-Nov-2002 18:49:19

Nablus, 25/10/2002, Al-Quds Press – Para tahanan Palestin yang telah dibebaskan akhir-akhir ini dari Penjara Padang Pasir An-Naqab memberitahu lebih kurang 70 orang tahanan berjaya melepasi peperiksaan Tajwid Al-Quran.

Bekas banduan itu memberitahu bilangan yang menyertai peperiksaan ialah seramai 100 orang, 70 orang daripadanya berjaya di dalam peperiksaan yang diadakan. Peperiksaan yang diadakan itu dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan yang terdiri daripada para tahanan di situ iaitu Ahmad Omar, Ibrahim Nawahidah dan Bassam Hamad.

Markas Tahfiz Al-Quran di Penjara Padang Pasir An-Naqab telah dibuka pada bulan Ogos lalu dan para pelajar yang berjaya mendapat Sijil dan Ijazah dari Badan Waqaf di berbagai-bagai wilayah.

Para tahanan
www.myjodoh.net
Palestin telah berjaya semenjak beberapa tahun lalu menukarkan penjara dan pusat tahanan kepada sebuah pusat yang menyerupai universiti. Di sana mereka mempelajari berbagai-bagai ilmu dan kesenian. Dengan ini para pejuang Palestin berjaya menukarkan penjara menjadi pusat pengajian untuk memperkembangkan dan menambahkan kemahiran mereka pengetahuan mereka dari menjadi tempat memusnahkan kemuliaan mereka seperti yang diinginkan oleh penjajah Israel.

Pengajian Agama Islam dan Tahfiz Al-Quran serta Tajwidnya mendapat sambutan meluas dari para tahanan Palestin. Ini kerana tersebarnya aliran Islam di kalangan parapejuang Palestin. Penjara-penjara Israel sememangnya menjadi pusat pengeluaran siswazah dan para hafiz Al-Quran semenjak beberapa tahun lalu.





SEMOGA ALLAH SENTIASA MELINDUNGI KITA SEMUA

 

webmaster@mymasjid.net.my