Rahsia Kandungan Suratul Falaq

Oleh Anak Melaka
12-Nov-2002 18:47:33
RAHSIA KANDUNGAN SURATUL FALAQ

bismillahirrahmanirrahim

dengan nama Allah yang maha pemurah yang maha pengasihani

memulakan sesuatu perkara dengan bersandarkan perintah Allah dan bermatlamatkan padanya semata serta mengharapkan kemurahan dan kasih sayangnya .

qul au'zu birabbil falaq

katakanlah aku berlindung dengan tuhan sekelian makhluk

perintah agar melengkapkan diri dengan sifat tunduk dan sedar serta mengakui betapa kita makhluk yang kerdil sewajarnya mengharapkan perlindungan daripanya semata dengan mengikuti segala perintah dan larangannya demi keselamatan di dunia dan di akhirat.

min sharri ma kholaq

dari keburukan apa yang tercipta

pebagai malapetaka hasil ciptaan atau kejadian berlaku sepanjang umur dunia ini.

bencana ciptaan Allah.

banyak malapetaka berlaku seperti gempa bumi, letupan gunung berapi, banjir dan taufan.

semuanya ini adalah sebagi peringatan kepada
www.myjodoh.net
manusia supaya sedar betapa dunia ini bukanlah tempat yang selamat melainkan tempat ujian semata. faedahnya agar manusia yang lalai kembali mengingatinya dan bermohon perlindungan daripadanya agar diperkuatkan iman sehingga ke akhir hayat supaya selamat di akhirat kelak

bencana ciptaan manusia

manusia yang bertugas memakmurkan bumi ini juga banyak melakukan ciptaan yang memudaratkan seperti senjata nuklear, kimia dan biologi . banyak lagi ciptaan manusia yang bertujuan membinasakan peradaban dan kehidupan sesama manusia.

semuanya ini dapat dihindari dengan mengikuti arahan dari ayat pertama tadi supaya bermohon perlindungan dari ALLAH maksudnya kita harus menjaga akidah kita sendiri serta kelompok masyarakat kita supaya mengobjektifkan diri ke arah pengabdian pada ilahi. dengan keimanan kepadanya kita bisa bertahan dari sebarang kemusnahan yang berlaku baik dari bencana semulajadi citaan allah atau bencana buatan manusia. ini kerana kepaduan masyarakat dapat mewujudkan suasana tolong menolong bagi meringankan beban penderitaan hasil dari bencana tersebut serta menguatkan keimanan agar sedar betapa semuanya itu adalah dugaan ALLAH dan kita harus bersabar menempuhnya. yang pergi tetap pergi dan yang masih hidup harus terus menongkah kehidupan ini bersama keimanan yang tinggi redha pada ketentuan ilahi.

peperangan dan kemusnahan yang dibawa oleh musuh islam hanya akan membunuh jasad dan tidak keimanan mereka. sebaiknya matilah semuanya dalam islam dalam kemenangan mempertahankan keimanannya dari dirobek-robek oleh musuh allah.

itulah golongan yang berjaya.

wa min sharri ghosikin iza wakab

dan dari keburukkan malam bila gelita

malam adalah waktunya para iblis dan kuncunya bermaharajagila untuk menyemai bibit-bibit kedurhakaan pada manusia agar lalai dari mengingati allah.

antara teknik yang digunakan:

menggalakkan manusia tidur nyenyak dan melalaikan mereka dari menggunakan waktu malam yang sunyi dan indah untuk qiamullail.

menggalakkan manusia ke pusat hiburan dan bersukaria hingga ke pagi.

memasukkan mimpi ngeri ke dalam tidur ummah supaya percaya kepada tahyul.

memberi galakkan dan ransangan kepada dUkun santet untuk beroperasi.

menabur semangat berani kepada golongan penyangak untuk bermahajagila seperti mencuri, pecah rumah, merogol dan sebagainya.

waktu perisik musuh islam mengambil kesempatan mencerobohi kedaulatan SERTA MENCURI RAHSIA NEGARA umat islam lantaran kegemaran mereka yang mencintai tidur lebih dari berjaga malam.

semuanya ini dapat dihindari apabila kita mengikuti perintah dari ayat pertama tadi supaya mengobjektifkan matalamat hidup ini hanya kepada allah.dengan cara ini semangat qiamullail atau berjaga malam serta berhati-hati umat islam dapat mempertahankan jiwa,negara dan agama dari dicerobohi oleh anasir-anasir subversif.

wa min shharrin naffathatifil u'qod

dan dari keburukkan peniup-peniup ikatan

pelbagai jenis tiupan dan hembusan berlaku bagi melemahkan ikatan keimanan umat Islam.

hembusan propaganda menerusi ikatan jaringan komunikasI TEMPATAN DAN ANTARABANGSA

pelbagai fitnah dan maklumat salah dihidangkan kepada rakyat atau umat islam bagi mengaburi keimanan mereka melalui media cetak dan elektronik. juga terdapat seminar dan konvensyen yang bertujuan meniupkan sentimen anti islam,anti ulama dan antisunnah atau hadis bagi memburukkan golongan agamawan dan juga peribadi junjungan besar nabi Muhammad SAW

tiupan semboyan perang menerusi ikatan pakatan musuh islam (Alliance)

semboyan perang dengan propaganda licik musuh islam adakalanya berbahaya jika negara islam atau pemimpinnya sendiri terpedaya dengan propaganda licik musuh Allah tersebut.ini bisa melemahkan ikatan perpaduan umat islam melalui hembusan propaganda musuh tersebut.

tiupan alat musik yang melalaikan menerusi ikatan kugiran dan organisasi hiburan.

tiupan , hembusan, gesekkan atau apa saja getaran yang menimbulkan ghairah nafsu serta melalaikan dari mengngati Allah sangat berbahaya pada ikatan umat islam yang sepatutnya berpegang pada tali Allah bukan leka dengan hembusan dari talian, jalinan, gelombang, frekuensi, saluran atau jaluran propaganda musuh tersebut.

semuanya ini dapat dihindari dengan mengikuti perintah ayat pertama supaya tunduk dan patuh pada perintah dan larangan allah agar terhindar dari tipu daya musuh yang cuba melonggarkan ikatan perpaduan umat Islam yang berpegang pada tali allah menerusi hembusan pada ikatan khayalan sihir mereka.

wa min sharri hasidin iza hasad

dan dari keburukkan pendengki bila dengki

pelbagai jenis pendengki wujud di kalangan manusia samada antara Islam dan bukan Islam mahupun sesama islam serta gangguan kedengkian dari luar alam manusia.

kedengkian sesama Islam.

kedengkian puak munafikin, fasikin, anti hadis, sekularis, komunis, anti ulama, pencacai dan tali barut golongan regim yang zalim dan banyak lagi.

kedengkian bukan Islam.

terutamanya pihak barat atau kesepakatan dajal serta yakjuj makjuj, zionist, penjunjung new world orde berpandukan ideologi sempit dan banyak lagi.

kedengkian makhluk halus.

makhluk halus ini iaitu golongan jin mudah tunduk pada hasutan iblis dan mereka menjadi syaitan sebagi tali barut iblis menyesatkan manusia.

semua kedengkian di atas dapat dihindari apabila kita mengikuti panduan ayat pertama tadi supa mengarahkan diri kita tunduk dan patuh pada perintah Allah dan tidak berpegang atau tunduk selain daripadanya.

hannya dengan berpandukan perintah Allah menerusi alQuran dan Sunnah serta menjunjung tinggi segala yang terkandung didalamnya tanpa meninggalkan sebarang ayat untuk diikuti nescaya kita terselamat dari segala bencana dan petaka yang diturunkan Allah atau yang dilakukan oleh onar manusia itu sendiri.

insyaAllah

KESIMPULAN:

SURATUL FALAQ MERANGKUMI PENGAKUAN TUNDUK PADA KEKUASAAN ALLAH UNTUK PERLINDUNGAN DARI SEBARANG MALAPETAKA YANG DITURUNKANNYA KEPADA MANUSIA, BENCANA AKIBAT PERBUATAN MANUSIA, PENCEROBOHAN MUSUH ISLAM , AKTIVITI MAKSIAT DI SEBALIK KEGELAPAN MALAM, PROPAGANDA MUSUH ,HASUTAN IBLIS DAN KUNCUNYA SERTA KEDENGKIAN SESAMA MANUSIA.

JENIS KEBURUKKAN YANG WAJAR DIHINDARI TELAH DIDEDAHKAN SECARA TERANG DAN NYATA UNTUK UMAT ISLAM MEWASPADAINYA.

SEBAB ITU ALFALAQ MERUPAKAN ANTARA PENDINDING YANG PALING KEBAL JIKA UMAT ISLAM MENGHAYATI MAKNANYA DAN MENGAMBIL GARIS PANDUAN PERLINDUNGAN MEMPERTAHANKAN MARUAH DAN KEIMANAN DIRI SERTA MASYARAKAT.

KUNCI KEKEBALANNYA ADALAH PADA AYAT PERTAMA IAITU PENGAKUAN TUNDUK DAN PATUH PADA KEKUASAAN ALLAH YANG KITA AKUI BERKUASA KE ATAS SEGALANYA. MAKNANYA MAHU TIDAK MAHU ALQURAN DAN SUNNAH SEHARUSNYA MENJADI TERAS KEHIDUPAN DAN BERADA PADA KEDUDUKKAN TERTINGGI PERUNDANGAN NEGARA.

kesudahan yang baik itu bagi mereka yang bertakwa.





~Sesungguhnya Hidupku, Matiku, Amalanku, Ibadahku adalah semata-mata kerana Allah SWT~

 

webmaster@mymasjid.net.my