Gunakan Masa

Oleh nur
12-Nov-2002 18:45:43

Gunakan masa untuk berfikir, kerana berfikir adalah sumber kekuatan untuk mendapat petunjuk. Petunjuk yang mana satu betul perjuangan Islam kah atau perjuangan Assabiah perkauman Melayu.

Gunakan masa untuk bermain, kerana bermain adalah tangki bekalan untuk sentiasa kelihatan muda.

Gunakan masa untuk membaca, kerana membaca adalah asas kebijaksanaan

Gunakan masa untuk mengasihi dan dikasihi, kerana kasih sayang adalah jalan menuju kebahagiaan.

Gunakan masa untuk menjalin persaudaraan, kerana persaudaraan adalah jalan menuju keimanan

Gunakan masa untuk berjenaka, kerana jenaka adalah penyeri suasana kehidupan

Gunakan masa untuk bersedekah, kerana hidup ini terlalu singkat untuk membentuk diri sebagai seorang yang kedekut.

Gunakan masa untuk bekerja, kerana masa adalah harga sebuah kejayaan; tetapi
Jangan gunakan masa untuk perkara yang sia-sia;

Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w:
"Rugilah
www.myjodoh.net
sesiapa yang melakukan sesuatu kerja dua kali" (Sunan al Daylami)

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang-orang yg beriman dan beramal soleh, yang berpesan dengan kebenaran dan yg berpesan dengan kesabaran.”

PENILAIAN MASA BAGI SESEORANG

SATU : Bagi manusia yang belum mempunyai kesedaran; dibiarkannya masa berlalu dengan percuma. Dia tidak merasa dikejar, lalu terbuanglah masa dengan sia-sia.

DUA : Bagi manusia yang ada sedikit kesedaran tentang erti waktu dalam kehidupan beragama. Ia mengatur kehidupannya supaya terlaksana setiap tugas dan kewajibannya.

TIGA : Bagi manusia yang sangat mendalam kesedarannya terhadap waktu dan penuh tanggungjawab akan bersungguh-sungguh memelihara kehidupannya. Ia akan berkorban apa saja untuk Allah dan suka berbuat kebajikan kepada orang lain walaupun terpaksa bersusah payah.

….Syaaban kian pergi…Ramadhan menjenguk lagi….Ahlan wasahlan ya Ramadhan…Selimuti kami dengan keberkatan…

 

webmaster@mymasjid.net.my