Hadis Rasulullah S A W

Oleh TuKuN
14-Oct-2002 14:23:58
Diriwayatkan daripada Uqbah bin Amir r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Orang mukmin merupakan saudara kepada orang mukmin yang lain. Oleh itu tidak dihalalkan bagi orang mukmin menjual di atas jualan saudaranya dan tidak dihalalkan meminang di atas pinangan saudaranya, sehinggalah saudaranya itu mengizinkannya supaya berbuat demikian.

(Hadis riwayat Imam Muslim).
www.myjodoh.net


--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan Hadis:

1- Haram bagi umat Islam menjual di atas jualan saudara Islamnya yang lain.
2- Haram bagi umat Islam meminang tunang saudara Islamnya yang lain.
3- Perhatian Islam untuk menyatukan umat Islam dan tidak memecahbelahkan mereka serta menjaga kemuliaan orang lain.
'the truth is out there'

 

webmaster@mymasjid.net.my