Menyeru Kepada Kebaikan Dengan Cegah Kemungkaran

Oleh Zindagi Ekk Safar(bo
05-Oct-2002 08:15:54



Menyeru kepada kebaikan dengan cegah kemungkaran.

Sabda Rasululla saw yang bermaksud :

“Barangsiapa yang menyeru kepada kebajikan maka ia mendapat pahala , seperti pahalanya orang yang mengikutnya , tanpa di kurangi sedikit pun daripada pahala mereka. Dan barangsiapa mengajak kepada kesesatan maka adalah dia menangung dosa seperti dosanya orang yang mengikutinya ,tanpa dikurangi sedikit pun daripada dosa-dosa mereka”

Sabda Rasulullah lagi ;

“orang yang menunjukkan pada jalan kebaikan , ia seperti orang yang mengerjakannya.”

Maka berdasarkan sabda Rasulullah inilah maka ana terpanggil untuk menyuarakan pendapat ana. (he…he…nak cakap bahasa arab sikit ,maklumlah selalu dengar haiya bil arab , let Arabic , mari berbahasa arab dalam IKIM ,oh rancangan dia setiap hari pukul 8.30 pagi .kalau tak silap
www.myjodoh.net
) J .
Ana suka beri nasihat , bukannya apa secara tak langsung ana , mengingatkn diri ana sendiri ,lagipun ana rasa ana ada tanggungjawab sebagai seorang sahabat , teman dan sebagai hamba Allah. Tak terniat nak bangga diri atau riak tapi insyaallah kerana cintakan agama ana , budaya ana , adat resam yang murni yang tidak harus di cemarkan.
Perkara yang ana nak sentuh ialah pasal masalah bercouple di universiti , mesti ada kawan ana yang cakap ana pandai beri nasihat sebab ana belum ada special lagi …he..he..memang pun , ana rasa single is simple , double is trouble . Maka ana rasa ana nak cari cinta Allah dulu , insyaallah. Lagipun dulu ana ada minat kat sorang mamat tu but no respon maka ana rasa cinta manusia mengundang duka dan lara , cinta Allah itu cinta yang agung. So better cari cinta Allah dulu sebelum dapat cinta orang yang juga mencintai Allah.
Sebenarnya ana tak suka tengok manusia yang tahu hukum Allah but still don’t want to follow .Ana rasa sakit mata tengok bebudak couple yang beragama islam yang bercium-cium ,berpeganggan tangan dan berpeluk-pelukan ….(minta di jauhkan ). Tak malu ke dia orang buat macam tu , apa dia orang ingat bagus sangat ke buat macam tu di khalayak ramai .Apa dah terror sangat ke nak rasa azab Allah ,dah kebal sangat ke nak bercanda di neraka Allah , dah tebal sangat ke kulit tu nak rasa kepanasan dari api neraka Allah . Seperti firman Allah “…Jika engkau rasa azabku amat ringan dan engkau mampu menghadapinya maka berbuatlah dosa sesuka hatimu”. Renungkanlah , sanggup ke kita nak merasa azab Allah yang maha dahsyat itu.
Memang mereka kata sanggup redah lautan api ,meredah badai , mengharungi lautan …dan macam –macam lagi ..he…he…bodohkan .Kerana kekasih sanggup lakukan apa sahaja .Actually bukan mereka nak pun , sesaje je bermain kata .Kononnya nak menyemarakkan api cinta tapi jika suruh buat sanggup ke?
Jawapannya tak sanggup punyalah .Ada lagi ayat jiwang karat yang kata “ Kalau tak percaya belahlah dada” he..he…terasa bergetar pankreas , jantung , hati dan peparu mendengarnya.Manusia –manusia ….entahlah apa-apa jelah cakap ikut sedap mulut jer….
Tapikan yg paling ana tak suka budak bercouple yg lagaknya macam orang dah kahwin.Astaqfirullahhalazim…minta dijauhkan . Kadang-kadang risau juga sebab selalu tegur orang jer , nanti bila terkena batang hidung sendiri baru tahu . Masa tu baru rasa tinggi rendahnya langit .Kadang-kadang rasa gentar di hati sebabnya apa yang kita katakan akan di uji tapi kalau kita tak tegur takut pula di kira bersubahat dan mengalakkan maksiat . Parah rasanya ..serba salah pun ada , risau di tahap maksimun sampai gayat dan kerana itulah ada setenggah member ana takut nak menasihatkan orang.
Ana nak bawa satu sabda Rasulullah iaitu “Apabila umatku telah takut menegur perbuatan orang-orang zalim , maka ia bererti bekerjasama dengannya” .Moga lepas ni kawan ana dan ana serta sesiapa yang membaca artikel ini berusahalah mencegah kemungkaran.
Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :
“Barang siapa melihat diantara kamu sekalian satu kemungkaran ,maka hendaklah ia merubah dengan tangannya , apabila tidak mampu hendaklah dengan mulutnya , kalau tak mampu dengan hatinya.Dan yang terakhir itu selemah-lemah iman.”
Bukan senang nak tegur orang nie ,kadang –kadang niat yang baik di pandang serong , tambah lagi kalau nasihat tu di terima dari org yang lebih muda , sure punyalah mereka rasa tercabar , ego tergugat .Kadang –kadang kalau dilihat kematangan tak bergantung pada umur .Ada tu dah berumur but perangai still like young children .Ada pulak tu umur muda tapi sebab ilmu yg di pelajari , dia jadi lebih bijak dan matang dari usia sebenar .Tak caya ana ada kenal budak kat shukur.com ,oh….nak promosi sikit masuklah shukur.com sekarang dah tukar shukur.org.Kiranya ada manfaatlah gi join kat sini , kira ada pengisian jika betul caranya.
Oh berbalik pada cerita ana tadi , budak tu ana ingat sebaya ana sebab cara dia beri pendapat , nasihat , email kat ana macam dia tu lebih banyak makan garam dari ana tapi rupa-rupanya dia ni baru jer matrik kat iium.Malu ana perangai ana macam budak-budak sikit….he..he..he..bukannya apa ana kurang serius , suka buat lawak asbestos (kesan membaca ujang ) so jangan tiru macam ana!
Sabda Rasulullah saw lagi :
‘Bukanlah dari golonganku orang yang tiada belas kasihan kepada orang yang kecil di antara kita , dan tidak menghargai orang yang besar di antara kita , dan tidak menyuruh akan kebaikan dan mencegah akan kemungkaran.”
(Riwayat Tarmizi daripada Ibnu Abbas).
Sabda Baginda lagi :
“Demi zat yang diriku berada dalam kekuasaannya ,hendaklah kamu menyeru yang baik dan mencegah yang mungkar.Hendaklah kamu memegang tangan kaum yang zalim , kamu paksa dia mengikut yang benar ; kalau tidak Allah akan menurunkan seksaan buat kalian daripada sisi-Nya.
Sahabat sekalian kita sudah ketahui orang yang menyaksikan kemungkaran tetapi ia tidak mahu mengingkarinya , padahal ia mampu mengingkarinya ; bererti ia bersekutu dalam perbuatan dosa.Begitu juga dengan orang yang rela dengannya.Orang yang bergaul dan berkumpul dengan ahli mungkar , ia tetap dikategorikan sebagai ahli mungkar tersebut walaupun ia tidak melakukannya .Dan apabila turun seksaan ia akan menanggung risiko bersama-sama ahli mungkar itu.Ia tidak akan terlepas dan selamat daripada seksaan kecuali mencegahnya atau menjauhkan dan memisahkan diri terhadap perbuatan mereka. Wallahualam.

Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebangaan bagi ku

 

webmaster@mymasjid.net.my