Tazkirah Sebelum Tidur

Oleh Semut Merah
29-Sep-2002 15:00:57
PERINGATAN IMAM GHAZALI,
Ketahuilah bahawasanya tidur itu seumpama mati dan bagkit daripada tidur itu seumpama bangkit dari kubur pada hari kiamat nanti. Siapa tahu barangkali rohmu dicabut Allah ketika engkau tidur pada suatu malam. Oleh keran itu bersedialah engkau untuk menemui Tuhamu dengan engkau tidur dalam keadaan suci dan wasiatmu ada tersimpan dibawah bantalmu.

Hendaklah engkau tidur dalam keadaan bertaubat kepada Allah dari segala dosa dan meminta ampun dari segala kesalahan dan dalam keadaan engkau berazam bahawa engkau tidak akan mengulangi lagi sebarang kemaksiatan yang pernah engkau kerjakan, dan berazamlah untuk membuat kebaikan kepada seluruh orang Islam jikalau Allah membangkitkan engkau pada pagi
www.myjodoh.net
esoknya.
Ketahuilah bahawa siang dan malam itu hanya dua puluh empat jam saja. Maka janganlah engkau tidur pada waktu siang atau malam lebih daripada lapan jam kerana jikalau engkau berumur enam puluh tahun maka memadailah engkau telah mensia-siakan daripada umurmu itu sebanyak dua puluh tahun iaitu sepertiga dari-pada umurmu.Dan berazamlah ketika tidur itu untuk engkau bangkit di tengah malam atau sekurang-kurangnya diakhir malam sebelum waktu subuh kerana dua rakaat ditengah malam itu merupa-kan satu perbendaharaan daripada Perbendaharaan kebaikan. Dan janganlah engkau panjangkan angan-angan mu nanti engkau akan merasa malas daripada berbuat ibadat,bahkan hendaklah engkau fikirkan bahawa kematianmu itu sangat dekat sekali kepadamu.

 

webmaster@mymasjid.net.my