Bantuan Allah

Oleh Rule.net 
23-Aug-2002 15:29:01
Assalammu alaikum wrt wbkth.

Terlebih dahulu kita panjatkan rasa syukur dan puji-pujian ke hadrat Allah swt.
di atas restu dan izinNya yang mengatur dan memberi kekuatan untuk terus
menyumbang dan bersama-sama para sahabat yang dirahmati. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ibni
Abdullah saw., kepada para ahli keluarganya dan para sahabat baginda,
para tabi'in dan tabi' attabi'in serta seluruh muslimin dan muslimat
yang dirahmati dan dikasihi Allah swt.

NAHMADUHU WA NUSHALLI WANUSALLIMU'ALA
RASULIHIL-KARIM, AMMA BA'DU

Saidatina 'Aishah r.ha. berkata : " Ada sekali Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah dan saya agak dari air mukanya bahawa sesuatu telah berlaku kepadanya. Beliau tidak bertutur kepada sesiapa pun, dan setelah berwudhu beliau masuk ke mesjid. Saya cuba dengar dari belakang dinding apa yang beliau bersabda. Beliau duduk diatas mimbar dan setelah memuji Allah s.w.t.
beliau berkhutbah: " Hai manusia Allah
www.myjodoh.net
telah memerintah kamu supaya menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka dari melakukan maksiat; kalau tidak, akan tiba satu masa manakala kamu berdoa kepadaNya, Dia tidak akan mendengari do'a mu; kamu akan memohon keperluanmu dariNya tetapi Dia tidak akan memberinya; kamu akan memohon akan bantuanNya terhadap musuh-musuh mu, tetapi Dia tidak akan membantu mu, ' setelah berkhutbah beliaupun turun dari mimbar. ( H.R. Ibnu
Majah dan Ibnu Hibban-Targhib ).

Mereka terutamanya, yang hendak menghapuskan musuh-musuh Islam tetapi cuai melaksanakan keperluan tabligh hendaklah benar-benar memikirkan hadith ini. Janganlah mereka lupa bahwa kekuatan serta
kestabilan umat Islam bergantung kepada penyebaran agama Islam.

Hadrat Abu Darda, seorang sahabat asulullah s.a.w. yang ternama , berkata: " Kamu mestilah suruh orang-orang berbuat baik dan menjauhi maksiat: kalau tidak Allah s.w.t. akan bangkitkan seorang Raja yang zalim memerintahkan kamu; dia tidak akan menghormati orang tua-tua kamu dan dia tidak akan belas rahim ke atas yang muda-muda di antara kamu. Kamudian kamu
akan berdo'a kepadanNya tetapi Dia tidak akan terima do'a kamu; kamu akan meminta dariNya bantuan, tetapi Dia tidak akan membantu kamu; kamu akan memohon ampun
dariNya, tetapi Dia tidak akan mengampun kamu; kerana Allah s.w.t. telah berfirman : (maksudnya )"Hai
orang-orang yang telah beriman! Kalau kamu membantu Allah barulah Allah akan membantu kamu dan menjadikan kaki-kaki mu tegak ( terhadap musuh kamu )."

Dalam ayat yang lain Allah s.w.t. berfirman, "Hai orang-orang yang telah beriman! Kalau Allah membantu kamu tidak ada sesiapa pun yang boleh mengalahi kamu;
dan jika Dia tidak membantu kamu maka siapakah yang dapat membantu kamu? Dan hanya kepada Allah patut menyerah wahai orang-orang yang beriman."

Wallahu a'lam.

Salam Jumaat
23 Aug 2002/14 Jamadilakhir 1423

From : RahaidahR@trisilco.com.my
Pendapat yang baik dari Allah swt. dan yang sebaliknya adalah dari kelemahan diri ini.[uhuk .. uhuk ..]

 

webmaster@mymasjid.net.my