Tudung Oh Tudung

Oleh Master Rie
22-Aug-2002 15:47:00
Sebelum itu ingin saya mohon maaf sekiranya apa
yang ditulis telah sedikit `basi` atau menyinggung perasaan atau tersilap
dari segi fakta. Semuanya berpunca dari kelemahan saya sendiri.

Ada ramai orang yang mempertikaikan tujuan sesetengah wanita yang
memakai tudung tetapi tidak memiliki ciri-ciri muslimah yang soleh sehingga
sukar untuk dijadikan teladan. Contohnya:-
1. Gambar Pelajar UITM Shah Alam yang disebarkan di internat melakukan
perbuatan terlarang di sebuah taman. Wanitanya bertudung, tidak kisahlah
samada benar atau tidak beliau merupakan pelajar UITM atau tidak, pokok
pangkalnya gambar jelas menunjukkan wanita ini bertudung.
2. Beberapa nukilan yang jelas mengambarkan keburukan perangai
sesetengah wanita yang bertudung di relexjap. Ada yang memberi komen rakan
sekerja yang bertudung labuh tetapi perangai amat buruk.
3. Banyak lagi, nak tulis tak larat.

Apa yang saya ingin bangkitkan ialah kaitan
www.myjodoh.net
rapat antara tudung dan aurat.
Ramai memakai tudung tetapi masih tidak sempurna dalam ertikata menutup
aurat. Islam adalah agama kesempurnaan. Untuk melakukan sesuatu dalam Islam
(wajib atau sunat) kita harus berusaha untuk mendekati kesempurnaan. Kalau
perkara yang asas kita tidak sempurnakan bagaimana perkara yang lebih besar
akan menjadi lebih sempurna. Misalnya sebuah kereta, enjinnya besar,
bodynya cantik, segala aksesorinya lengkap, tetapi kalau tak tidak dipasang
skru enjin(contohnya) siapa yang berani bawak? Kalau aurat tidak ditutup
sempurna, macam mana kita nak dapatkan muslimah yang sempurna. Contoh yang
saya maksudkan dengan ketidak sempurnaan dalam menutup aurat ialah seperti
berikut (berdasarkan pemerhatian saya).
1. Ada yang memakai tudung, tetapi memakai kain belah yang kadang-kala
belah sampai ke lutut belahnya.
2. Memakai tudung(skaf) tetapi diikat kebelakang, dada/tengkuk
(dua-dua ni aurat) terdedah.
3. Tudung dipakai sempurna tetapi memakai T-shirt lengan pendek.
Tangan bukan aurat ke?
4. Pakai tudung tetapi pakai baju ketat (tak silap saya orang biasa
bahasakan sebagai `bodysuit`)
5. Pakai tudung tetapi rambut dilepaskan dan terjulur keluar dari
celahan tudung. Ada yang bila naik motor atau ditiup angin tudungnya
terbuai-buai dan menampakkan rambut.
6. Pakai tudung dengan skirt (fesyen kamal attartuk la ni).

Teringat saya sebuah buku mengenai aurat yang saya baca mengenai
ketika di sekolah dahulu. Buku tersebut memang sangat terperinci dalam
menerangkan mengenai aurat, malangnya saya terlupa judul dan pengarangnya.
Tetapi saya ingin lakarkan secara kasar apa yang perlu kita perhatian untuk
memastikan aurat kita sempurna ditutup.
1. Tidak memakai pakaian yang nipis sehingga menampakkan warna kulit.
Ini saya perhatian ramai wanita kurang mengambil perhatian. Terutamanya
ketika memakai baju kurung. Banyak baju kurung diperbuat daripada kain yang
nipis dan cerah warnanya. Sering kali saya terjumpa wanita yang memakai
baju sehingga kita boleh nampak baju dalamnya.
2. Tidak memakai pakaian yang terlalu ketat sehingga menampakkan
bentuk tubuh. Ramai yang pakai pakaian yang ketat sehingga kita boleh
nampak jelas bentuk tubuhnya terutama bahagian dada/pinggang dan pinggul.
Sebab itu bagai saya untuk berusaha kerana kesempurnaan elakkan daripada
memakai jeans atau seluar. Kalau pakai pun carilah yang longgar.
3. Elakkan pemakaian perhiasaan terutamanya yang berbunyi. Ada yang
pakai gelang yang ada loceng-elakkan.
4. Suara - bercakap hanya bila perlu dan bukannya bercakap dengan nada
yang kuat. Rendahkan nada dan elakkan bercakap dengan bukan muhrim.

Itu antara yang paling penting dan yang paling saya ingat. Rasanya
kalau kita perhatikan sekeliling kita atau tengok diri kita sendiri tak
ramai yang sempurna dalam menutup aurat mengikut garis panduan. Tetapi bagi
saya yang paling penting adalah keinginan kita untuk memperbaiki diri
sendiri semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah. Saya tekankan,
semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah. Saya tekankan kerana ada
ramai yang memakai tudung/menutup aurat kerana disuruh oleh suami atau
ibu-bapa. Kerana itulah nilai akhlak yang mulia tidak terpancar melalui
pemakaian pakaian yang menutup aurat ini.

Moga-moga apa yang saya tulis ini boleh menjadi panduan kepada mereka yang
ingin mendapatkan keredhaan illahi melalui kesempurnaan. Saya akui tulisan
saya banyak kelemahan kerana banyak berpandu pada ingatan, tetapi kerana
kesedaran saya sebagai seorang muslim untuk melihat Islam terus disanjung
sebagai agama yang sempurna saya tulis apa yang saya yakini benar.

TM dan semua, terima kasih kerana menyiar dan membaca.

This article forwaded from Din Black, relaxjap@yahoogroups.com forum

 

webmaster@mymasjid.net.my