Lidah Membawa Bencana

Oleh ira
05-Aug-2002 16:51
1. Berkata-kata yang tidak mendatangkan apa2.

2. Mengambil tahu tentang orang lain.

3. Berbual-bual tentang hal-hal yang berkaitan dengan maksiat, contohnya tentang minum arak dan sebagainya.

4. Bantah-membantah dan pertengkaran.

5. Pertelingkahan, iaitu bila seseorang itu menyatakan tentang ketidak puasan hatinya, ekoran dari pertengkaran.

6. Memaki, mencela dan berkata kotor.

7. Melaknat, walaupun binatang atau benda, apatah lagi manusia.

8. Bersenda gurau, yang mengecilkan orang lain, menipu atau melampaui batas.

9. Menghina atau mengejek.

10. Membocorkan rahsia.

11. Membuat janji kosong.

12. Mengumpat, iaitu menyebut apa-apa pun kekurangan yang berkaitan dengan orang itu, dan jika orang itu mendengarnya, akan menjadikan kemarahan.

13. Menyampai2kan seperti batu api.

14. Bermuka-muka antara dua orang, atau menghasut dua2 belah pihak supaya bermusuhan.

15. Bertanya yang bukan2, hingga memberatkan orang yang menjawab.

Maka, marilah kita pelihara lidah kita dari perkara-perkara yang disebut di atas.


sabar menempuh jalan ,tetapkan Iman di hati...

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my