Terdidik kerana sebiji tembikai

Oleh ajay
03-Oct-2005 11:56:20

apa kabar semua...
dikesempatan yg mulia ini hamba ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua memandangkan bulan ramadhan yg bakal tiba satu ke dua hari lagi....sama-samalah kita memanfaatkan bulan yg mulia ini...sama-samalah kita mencari keredhaan Allah s.w.t...
berikut ada sikit citer mengenai ahli sufi yg ingin diketengahkan agar kita semua dapat amik pedoman dan panduan dan sama-sama kita sampaikan pada mereka yg tak berkesempatan masuk mymasjid.com......

TERDIDIK KERANA SEBIJI TEMBIKAI


Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai
www.myjodoh.net
itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “ Adapun si penjual, sudah tentu mau jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mau membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan- Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

SEKIAN,
wallahualam.
MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa.

 

webmaster@mymasjid.net.my