Balasan Mereka yang mengingkari Perintah Allah

Oleh Marali Mad
25-May-2005 09:17:07
Saidina Ali Radhiallahu Anhu berkata: " Saya dan Fatimah, memasuki rumah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ketika itu baginda sedang menangis tersedu-sedu, kemudian saya pun bertanya: Apakah yang menyebabkan tuan hamba menangis Ya Rasulullah? Baginda bersabda : Hai Ali, pada malam Isra' ku ke langit, aku telah melihat para wanita daripada umatku sedang diseksa dengan berbagai macam seksaan, itulah sebabnya aku menangis kerana menyaksikan azab mereka yang sangat berat dan mengerikan:

1. Saya melihat wanita yang digantung dengan rambutnya hingga mendidih otaknya.

2. Saya melihat wanita yang digantung dengan lidahnya, lalu air panas mendidih dituangkan kekerongkongnya.

3. Saya melihat wanita yang kedua kakinya diikat keteteknya, sementara kedua tangannya ke ubun-ubun.

4. Saya menyaksikan wanita tergantung sedangkan teteknya digigit ular dan kala jengking.

5. Saya melihat wanita berkepala babi badannya himar diseksa dengan seribu macam seksaan.

6.
www.myjodoh.net
Dan saya meyaksikan wanita menyerupai anjing sedangkan api masuk dari mulut dan keluar dari duburnya, sementara malaikat memukul kepalanya dengan pontong api.

KEMUDIAN BANGUNLAH SITI FATIMAH AZ ZAHRA RADHIALLAHU ANHA SERAYA BERTANYA : Ya Habibi, Ya Rasulullah, Apa kah perbuatan dan salah mereka sehingga tersiksa sedemikian? Jawab Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam: Wahai Puteriku:

1. Ada pun mereka yang digantung dengan rambutnya hingga otaknya mendidih, adalah wanita yang tidak menutup rambutnya terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.

2. Ada pun yang tergantung pada lidahnya, mereka adalah wanita yang suka menghina suaminya dengan lidahnya.

3. Ada pun yang tergantung dengan teteknya adalah isteri yang mengotori tempat tidur suaminya ( berbuat zina dengan lelaki lain).

4. Wanita yang kakinya terikat keteteknya, kedua tangannya keubun-ubun serta digigit ular dan kala adalah para isteri yang tidak suka mandi wajib setelah haid dan mempermainkan kewajipan sembahyang.

5. Ada pun wanita yang kepalanya babi dan berbadan himar adalah isteri yang pengumpat, pemfitnah dan pendusta.

6. Dan wanita yang menyerupai anjing, api masuk ke dalam mulut dan keluar dari dubur adalah wanita yang selalu mengungkit-ungkit pemberiannya dan iri hati atau dengki.

Wahai puteriku, celakalah kalau isteri yang tidak taat kepada suaminya.

Wallahua'lam bissawab.

 

webmaster@mymasjid.net.my