Risalah Fikir (312) Sudahkah Antum Mempunyai Sohiifah ?

Oleh Ustaz Jalil
29-Jul-2002 02:51:26

Drp 'Abdullooh bin Al-khotiib roh.a., katanya : Adalah Abuu Hamduun roh.a.mempunyai satu sohiifah (sebuah lembaran buku) yang mana di dalamnya termaktuub(dituliskan) 300 (tiga ratus)nama kawan2nya.

Katanya lagi (ya'nii kata perawi di atas) : ADALAH BELIAU (IAITU ABUU HAMDUUNROH.A.) MENDO'AKAN AKAN MEREKA ITU (YA'NII BAGI KAWAN2NYA YANG TERSENARAISERAMAI 300 ORANG DI DALAM SOHIIFAH TERSEBUT) PADA SETIAP MALAM !!!

Maka terjadilah pada suatu malam di mana beliau (ya'nii Abuu Hamduun roh.a)telah tidak mendo'akan untuk mereka itu tetapi langsung terus tidur.

Lalu beliau roh.a. pun ditegur di dalam tidurnya : Wahai Abuu Hamduun, dikautelah tidak menyalakan lampu2mu pada malam ini ?!

Kata perawi itu lagi :(Maka bangunlah beliau) lalu duduklah beliau danmenyalakanlah beliau (akan lampu2 itu) SERTA BELIAU MENDO'AKAN UNTUK MEREKA ITUSATU DEMI SATU (SEORANG DEMI SEORANG) SEHINGGA SELESAILAH KESEMUANYA (YA'NIISEMUA NAMA2 YANG TERSENARAI DALAM SOHIIFAHNYA ITU DISEBUTKANNYA

www.myjodoh.net
SATU PERSATU DIDALAM DO'ANYA).

Begitulah terjemahan kasar drp Sifah As-Sofwah, mujallad 2, halaman 366,susunan Al-Imaam Al-'Aalim Jamaaluddiin Abil-Faroj Ibnu Al=Jauziyy roh.a.

Antara ulasan/kesimpulan/i'tibaar/dsbnya....

[1] Do'a bi-zohril-ghoib (ya'nii yg mana si yg dido'akan itu tidak tahubahawa dia telah dido'akan)adalah sangat maqbuul di sisi Allooh swt. [2] Budayamemiliki selembar (atau beberapa lembar) sohiifah yang tertulis namasahabat2/kawan2/kesayangan2/ahli2/kenalan2 kita adalah AMAT PERLU disuburkan,dan semoga setiap individu muslim dipupuk supaya memilikinya (mengadakannya!)sertamendo'akan akan nama2 itu (kalau mampu pada setiap malam). Semoga para netters (antum)yangbudiman bersedia untuk memulakannya dari sekarang, kalau sudah lama dimulakan (di'amalkan)alhamdulillaah.... dan penulis yang hina dina ini mengharapkan agar namanyatidak dilupakan untuk dimasukkan kedalam senarai antum ....! [3]Atau... apakahkesibukan kita dalam bercareer dan bergelimang dengan urusan2 keduniaan inimenghalang (melengahkan) kita daripada menyuburkan budaya atau 'amalan di atas (dikketerlaluan penat di siang hari), atau memang kita sebenarnya tidak berminatuntuk ber'amal dgn 'amalan ini ? Atau bagaimana ? Apa kata antum ?

Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar... Walloohu A'lam. Wassalaamu'alaikumwrb. Al-faqiiru ilallooh.

 

webmaster@mymasjid.net.my