Hakikat Hidup, cinta dan amalan

Oleh One_na..NaWaRaSaRuSi
08-Sep-2004 08:36:48

IMAM GHAZALI berkata:

``Hiduplah kamu dengan sesuka hati kamu kerana kamu pasti akan mati dan cintailah apa yang kamu kehendaki di dunia ini kerana sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya, dan buatlah
www.myjodoh.net
apa
sahaja di muka bumi ini kerana balasannya adalah berdasarkan amalanmu.''

Ini bermakna setiap perkara yang kita lakukan adalah diikat oleh satu perkara iaitu mati.

Islam tidak menghalang umatnya berhibur dan bebas berfikir tetapi setiap perbuatan dan amalannya mestilah merupakan perkara- perkara yang tidak terlepas daripada perintah Allah s.w.t.


Mati menjadikan manusia menginsafi diri apabila dihitungkan amalan perbuatan pada dirinya sebagai bekalan untuk menghadapinya.


Cinta dan kasih sayang adalah fitrah manusia.
Timbulnya perasaan kasih sayang ini apabila kita bersama dengan seseorang, benda ataupun makhluk. Walau bagaimanapun, Allah telah menentukan yang kita akan berpisah dengannya, sama ada kita ditinggalkan ataupun meninggalkan sesuatu yang dicintai dan dikasihi itu.

Oleh itu, jadikanlah kasih sayang di dunia ini sebagai satu saluran untuk kita saling menasihati dan menyampaikan pesanan yang berguna kepada orang yang kita sayangi itu.


Sesungguhnya Allah s.w.t. akan membalas segala
amalan dan perbuatan manusia walaupun sebesar biji zarah sekalipun. Ia semestinya tidak terlepas daripada pandangan dan pengetahuan Allah.


*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.." *SoMeTiMeS GoOd PeOpLe Do EvIl ThiNgs....

 

webmaster@mymasjid.net.my