Risalah Fikir (310) Melafazkan Niyyat (seperti Melafazkan Usollii ) Qubaila At Takbiir (shortly Before The Akbiirotul Ihroom) Adalah Manduub/sunnat Di Sisi Kelompok Syaafi'ii / Syaafi'iyyah Dan Bisa Diqosodkan Sebagai Suatu Bentuk Tabarruk

Oleh Ustaz Jalil
29-Jul-2002 02:51:26
RF kali ini ingin menjelaskan betapa bahawa melafazkan niat (seperti melafazkan usollii.) itu boleh diqosodkan sebagai suatu bentuk TABARRUK. Iniadalah kerana ramai di antara kita yang mengaku berada di bawah kelompokSyaafi'ii / Syaafi'iyyah masih keliru , malah ada yang menafikan akankemanduuban / kesunnatan ini, malah ada yang membid'ahkannya ………Astaghfirulloohal-`aziimm……!

Kita sering meletakkan diri kita (ya'nii `ilmu kita yg cetek ini) terkedepandrp `ilmu para'ulamaa` jhk yg mu'tabar dlm madzhab kita. Kita sering meletakkankemampuan kita yg tak seberapa ini terkedepan drp kemampuan para `ulamaa` dalammadzhab kita. Kita sering meletakkan mereka di belakang kita……, kita seringmeletakkan kitab2 yg mu'tabar yang di susun oleh mereka di belakang kita, kitasering meletakkan kefahaman kita yang cetek ini terkedepan drp kefahaman merekayang mendalam dalam madzhab kita,….., dsbnya,dsbnya…… Itulah, antara lain,sebabnya mengapa kita cepat terjebak dengan kefahaman yang mendahsyatkan….Itulah , antara lain, sebabnya ta'ziim dan penghormatan kita kpd para `ulamaa`kita jhk tidak mencapai tahap yang sewajarnya ……(di mana seorang murid ituperlu mempunyai suatu tahap ta'ziim terhadap mu'allim, barulah `ilmu itu bisamasuk ke hati….).

Sebenarnya, begitu banyak kitab2 dalam kelompok Syaaf'ii /Syaafi'iyyah yangmenerangkan perkara ini. Tetapi untuk meringkasnya, memadailah dipetik cuma drpdua buah kitab sahaja di sini.

PETIKAN PERTAMA : [Mafhuumnya kira2] …..DAN NIYYAT DENGAN HATI ITU ADALAHMERUPAKAN IJMAA` KERANA IANYA ADALAH QOSOD. MAKA ADALAH TIDAK MENCUKUPI JIKAHANYA MENGUCAP / MENYEBUT / MENUTURKAN / MELAFAZKAN (AKAN NIYYAT ITU) BESERTAKELALAIAN HATI (MA'A GHOFLATIL-QOLB), DAN INI ADALAH MERUPAKAN IJMAA`. DANBEGITU PUN DALAM KESELURUHAN BAB-BAB YANG LAIN. DAN ADALAH TIDAK MEMUDHOROTKAN (TIDAKMENGAPA) SEANDAINYA LAFAZAN/SEBUTAN/TUTURAN/UCAPAN (PADA LIDAH ITU) KHILAAF (BERLAWANAN)DENGAN APA YANG ADA DI DALAM HATI, SEPERTI MITHALNYA, SESEORANG ITU MENQOSODKANSUBUH WALHAL LIDAHNYA MENYEBUT TERLEBIH DAHULU AKAN ZUHUR. DAN ADALAH MANDUUB (SUNNAT)MENYEBUT /MELAFAZKAN / MENUTUR / MENGUCAPKAN AKAN MANWIYY (APA YANG DINIYYATKAN, SEPERTI MELAFAZKAN USOLLI ……….) SEBELUM BERTAKBIIR (QUBAILA AT-TAKBIIR /SHORTLY BEFORE TAKBIIR) (KERANA INI) BISA MEMBANTU LIDAH AKAN (MENCAPAI KEPADA)HATI, DAN KERANA INI ADALAH MENJAUHKAN WASWAAS , WALAU PUN MENGIKUTI AKAN NIYYATITU OLEH SUATU LAFAZ INSYAA-ALLOOH, ATAU BERNIYYAT IA AKANDIA, DAN MENGQOSOD IADENGAN YANG DEMIKIAN ITU (YA'NII DENGAN LAFAZAN/SEBUTAN/UCAPAN / TUTURAN ITUATAU NIYYAT ITU) SEBAGAI TABARRUK…..

Begitulah terjemahan kasar drp kitaab Al-Iqnaa', susunan Al-KaamilQutbul-Aqtoob Asy-Syeikh Muhammad As- Syurbainiyy Al- Khotiib roh.a., m/s 111.Ghofarolloohu lahu wa nafa'naa bihi wa bi `uluumihi aamiin(Semoga Allooh swtmengampunkan baginya dan semoga kita bisa memfa'atkan dengannya dan dengan`ilmu2nya , aamiin). Al- Iqnaa' adalah sebuah kitaab yang berteraskan MadzhabSyaafi'ii/Syaafi'iyyah. Kepada yg bisa berbahasa `Arab, diharapkan dapatlangsung meruju' kpd kitab tersebut, dan semoga antum memperbaiki terjemahankasar di atas.

PETIKAN KEDUA : [Mafhuumnya kira2] …..DAN TEMPAT NIYYAT ITU ADALAH DI DALAMHATI, MAKA TIDAK WAJIB MENYEBUTNYA /MELAFAZNYA/ MENUTURNYA/ MENGUCAPKANNYADENGAN LIDAH, AKAN TETAPI ADALAH SUNNAT (UNTUK MENUTURNYA ITU/ MENYEBUTNYA ITU/MELAFAZKANNYA ITU / MENGUCAPKANNYA ITU) (KERANA INI) BISA MEMBANTU LIDAH AKANHATI (MENCAPAI KEPADA HATI) , DAN TIDAK ADA `IBROH DENGAN LAFAZAN/TUTURAN/SEBUTAN/UCAPAN/BICARALIDAH ITU DENGAN KHILAAF (BERLAWANAN) AKAN APA YANG ADA DALAM HATI, SEPERTIUMPAMANYA, SESEORANG ITU BERNIYYAT ZUHUR TAPI DILIDAH DISEBUTNYA TERLEBIH DAHULUAKAN YANG SELAIN ZUHUR…..

Begitulah terjemahan kasar drp Baajuurii, juga sebuah kitab yg berlandaskanMadzhab Syaafi'ii / Syaafi'iyyah, m/s 150. Lagi sekali diharapkan kpd yg bisaberbahasa `Arab agar meruju'nya kepada matan asal dan tolong perbaikikanterjemahan kasar di atas.

Dari kedua petikan di atas, jelas sekali BAHAWA DALAM KELOMPOK SYAAFI'II /SYAAFI'IYYAH ADALAH MANDUUB (SUNNAT / DISUKAI / DIGALAKKAN) UNTUK MENYEBUT (MENUTUR/MELAFAZ/MEMBACA/MENGUCAPKAN) AKAN USOLLI……

Semoga kita tidak cepat tersasul membid'ahkan perkara2 yang dianggap sunnatoleh tokoh2 `ulamaa` kita jhk dalam kelompok Syaafi'ii/Syaafi'iyyah. Semoga kitameletakkan para `ulamaa` jhk di depan kita. Kalau kita dah tersasul dan dahterbabas, marilah cepat2 kita bertaubat…..

[Perhatian : Kutujukan risalah yg tak seberapa ini buat diriku sendiri,keluarga dan kaum kerabatku, dan semua mereka yang berkata dan mengaku "KAMIADALAH DI DALAM KELOMPOK SYAAFI'II/SYAAFI'IYYAH….", ….. di mana sajaberada…].

Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar ……. Walloohu A'lam.Wassalaamu'alaikum wrb Al-faqiiru ilallooh.

MUFRODAAT:

[1] MANWIYY : apa yg diniyyatkan, apa yang diqosodkan.

[2] QUBAILA : shortly before.

[3] QUBAILA AL-MAGHRIB : shortly before maghrib.

[4] QUBAILA AT-TAKBIIR : shortly before takbiir.

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my