Haram Melakukan Perbuatan Khianat

Oleh Cucu^Tokwan
02-Aug-2002 03:05:08
Hadis Anas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Setiap orang yang berkhianat akan diberikan sebuah bendera sebagai tanda pada Hari Kiamat nanti
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3270

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap pengkhianat akan diberikan sebuah bendera sebagai tanda pada Hari Kiamat kelak yang bertulis: Ini adalah tanda pengkhianatannya terhadap Si Polan
www.myjodoh.net

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3268

Hadis Ibnu Umar r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Ketika Allah mengumpulkan orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian pada Hari Kiamat kelak, maka setiap orang yang melakukan pengkhianatan akan diberikan tanda sebuah bendera yang bertulis: Ini adalah bukti tanda pengkhiatannya kepada Polan bin Polan
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3265

 

webmaster@mymasjid.net.my