Selamat pagi..

Oleh shafiah
21-Aug-2003 09:02:51
dan selamat pagi utk rakan2 MM...

Mari kita sama2 merenung intipati hadis di bawah dan moga ianya akan menjadi panduan utk kita harungi kehidupan seharian, insyaAllah...

Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: Orang yang bijak ialah mereka yang merendahkan dirinya dan melakukan amalan untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang bodoh ialah orang yang membiarkan dirinya mengikut nafsunya dan kemudian berangan-angan memperolehi sesuatu dari Allah SWT. (Hadith Hasan Marfu’) Penerangan Hadis: Cara mengubati kejahilan sederhana (al-jahl basit), seperti diketahui umum iaitu dengan pergi mencari ilmu hingga dia dapat mengetahui. Hadith Rasulullah saw berbunyi “Mencari ilmu adalah wajib bagi setiap Muslim, lelaki dan perempuan.” Dalam riwayat yang lain disebutkan “Carilah
www.myjodoh.net
ilmu semenjak kamu lahir hingga ke liang lahad.” Salah bagi mereka yang meyakini bahawa suatu perbuatan lain lebih utama dari menuntut ilmu. Oleh kerana itu, merupakan sunnah Nabi saw, bagi kita menghulurkan tangan kepada Muslim lain yang sedang belajar, sehingga dia mendalami urusan agama dan tidak meninggalkan pelajaran itu hingga dia mengetahui segala permasalahan. Al-Quran menekankan konsep pencarian ilmu ini. Dengan ilmu akan datangnya iman dan amal. Di dalam al-Quran, kata-kata ‘iman’ di sebut dengan kata-kata ‘amal’ tidak kurang pada 75 kali. Ketika perkataan ‘iman’ disebutkan, maka dengan serta merta kita akan membaca selepasnya ayat yang bermaksud “dan beramal saleh.” Atau, paling tidak, ungkapan itu akan berbunyi: “Orang-orang yang beriman dan beramal saleh”. Keyakinan semata-mata tanpa disertakan dengan amal perbuatan tidak ada manfaatnya. Demikian juga, amal perbuatan tanpa keyakinan adalah sia-sia. Allah swt berfirman: “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh. Dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan berpesan-pesan supaya berada di dalam kesabaran.” (al-‘Asr: 1-4) Sesungguhnya seluruh manusia akan berada di dalam keadaan yang kerugian kecuali sekelompok manusia yang memiliki dan memahami dua perkara, iaitu: i. Iman dan amal perbuatan ii. Usaha ‘amar makruf, nahi munkar’. “Dan nasihat-menasihatilah ke arah mentaati kebenaran, dan nasihat menasihati ke arah kesabaran” Walaupun ayat di atas kelihatan singkat dan pendek, namun mesej yang ingin disampaikan tersangat luas, dan ada kalanya tidak mampu untuk dilakukan oleh semua orang. Beruntunglah bagi mereka yang dapat mengerjakan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah swt dan meninggalkan segala larangan Nya. Semua orang wajib mengetahui perkara-perkara umum tentang agama, dan mereka harus mempelajari seberapa banyak pengetahuan agama terutama memahami isi kandungan al-Quran dan al-Hadith, kaifiah ibadah, solat dan sebagainya. Bagi orang lelaki, tugas berat terletak di atas bahu mereka. Mereka perlu berusaha untuk mendidik ahli keluarga agar terkeluar dari kejahilan, lebih dari itu, mereka perlu memastikan setiap ahli keluarga terselamat dari azab neraka. Sifatnya sebagai ketua keluarga, tanggungajawab ini perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Allah swt berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.” (al-Tahrim: 6) Maknanya, seorang lelaki, di samping mempunyai kewajipan mempelajari hukum hakam, dia juga wajib mengajar dan mendidik isteri serta anak-anak. Di samping belajar yang merupakan kewajipan khusus baginya, dia juga bertanggungjawab untuk menyalurkan ilmu tersebut kepada ahli keluarganya. Jika seorang anak perempuan telah mencapai usia 9 tahun dan anak lelaki 12 tahun atau setelah mereka mencapai umur baligh, maka mereka wajib belajar soal-soal agama. Tanggungjawab itu terletak pada bahu bapa, manakala ibu boleh membantu meringankan bebanan ketua keluarga. Jangan biarkan mereka berada di dalam kejahilan..


...Mengalah dan memberi maaf bukan bererti kalah....Ia bererti mengutamakan kebaikan dan kasih sayang ALLAH....

 

webmaster@mymasjid.net.my