Solat Jamak

Oleh TeMan
31-Jul-2002 10:05:25
Solat jamak bermaksud menghimpunkan dua waktu solat
fardu dan dikerjakan dalam satu waktu. Sebagai contoh, solat Zuhur dan solat Asar dihimpunkan dan dikerjakan pada waktu solat Zuhur atau Asar. Solat Jamak boleh dilakukan apabila seseorang itu dalam perjalanan jauh dan hukumnya harus. Untuk pengetahuan ,solat fardu yang boleh dijamakkan ialah solat fardu Zuhur dengan solat Asar dan solat Maghrib dengan solat Isyak.

Manakala solat yang tidak boleh dijamakkan ialah solat Asar dengan solat Maghrib dan solat Isyak dengan solat Subuh. Sebanyak dua cara untuk menghimpun (jamak) sembahyang iaitu:

1. Jamak takdim

Solat jamak takdim bermaksud mengerjakan solat Zuhur
dan Asar pada waktu Zuhur. Manakala solat Maghrib dan Isyak dikerjakan pada waktu Maghrib. Antara syarat jamak takdim ialah: * Dimulai dengan sembahyang yang terdahulu waktunya.* Muwalat (berturut-turut) di antara solat yang pertama dan kedua, iaitu tidak boleh diselangi
www.myjodoh.net
perbuatan lain.Sekiranya diselangi, masanya hendaklah tidak melebihi tempoh dua rakaat.
Jika melebihi tempoh itu, solat kedua hendaklah
dilakukan pada waktunya.* Berniat jamak atau
menghimpun pada fardu yang pertama." Berkekalan
musafirnya sehingga takbir solat yang kedua, tetapi
tidak diisyaratkan sehingga selesai solat. Niat jamak
takdim bagi solat Zuhur ialah: "Sahaja aku solat
fardu Zuhur empat rakaat dihim-punkan Asar kepadanya
tunai kerana Allah Taala." Niat jamak takdim bagi
solat Asar ialah: "Sahaja aku solat fardu Asar empat
rakaat dihim-punkan kepadanya Zuhur tunai kerana Allah
Taala." Niat jamak takdim bagi solat Maghribialah:
"Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat
dihim-punkan Isyak kepadanya tunai kerana Allah
Taala." Niat jamak takdim bagi solat Isyak ialah:
"Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat
dihim-punkan kepadanya Maghrib tunai kerana Allah
Taala."

2. Jamak takhir

Jamak takhir ialah menghimpunkan fardu Zuhur dengan
Asar pada waktu Asar atau menghimpunkan sembahyang
Maghrib pada waktu Isyak. Semua syarat yang ada pada
syarat jamak takdim dengan tambahan berniat jamak
takhir sebelum luput waktu yang pertama. Umpamanya,
pada waktu Zuhur berniat pada waktu itu bahawa kita
akan mengerjakan Zuhur pada waktu Asar. Antara syarat jamak takhir ialah: * Berniat mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua. * Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua-dua solat. Niat jamak takhir bagi solat Zuhur ialah:
"Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat
dihim-punkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala."
Niat jamak takhir bagi solat Asar ialah: "Sahaja aku
solat fardu Asar empat rakaat dihim-punkan kepadanya
Zuhur tunai kerana Allah Taala." Niat jamak takhir
bagi solat Maghrib ialah: "Sahaja aku solat fardu
Maghrib tiga rakaat dihim-punkan kepada Isyak tunai
kerana Allah Taala." Niat jamak takhir bagi solat
Isyak ialah: "Sahaja aku solat fardu Isyak empat
rakaat dihim-punkan kepadanya Maghrib tunai kerana
Allah Taala."

Solat Qasar dan Jamak

Sembahyang fardu lima waktu adalah kewajipan yang
mesti dilaksanakan oleh setiap umat Islam dan ia wajib ditunaikan tanpa mengira tempat dan keadaan. Bagi seseorang Muslim yang berjalan jauh (lebih dari dua marhalah bersamaan dengan lebih 90 kilometer atau 60 batu) atau disebut sebagai musafir, mereka masih perlu menunaikan ibadat solat lima waktu sehari semalam dan tidak boleh ditinggalkan. Bagaimanapun, Allah memberi keringanan dan kemudahan kepada mereka untuk menunaikan solat lima waktu berkenaan.
Permulaan musafir dikira setelah seseorang itu keluar
kawasan, sama ada melalui sungai, parit, sempadan
kota atau kawasan yang sudah tiada bangunan lagi.
Musafir dikira berakhir apabila dia memasuki semula
kawasan permulaan musafir tadiBagaimanapun, untuk kkemudahan umat Islam ketika
bermusafir, dibenarkan menunaikan sembahyang dalam
tiga cara selain menunaikannya secara biasa: l Cara
pertama ialah qasar iaitu memendekkan sembahyang
empat rakaat (Zuhur, Asar dan Isyak) kepada dua
rakaat. Perlu diingat, sembahyang Maghrib dan Subuh
tidak dibolehkan diqasar. l Cara jamak (kumpul) iaitu
mengumpulkan Zuhur dengan Asar sama ada dalam waktu
Zuhur atau Asar dan mengumpulkan Maghrib dengan Isyak
sama ada dalam waktu Maghrib atau Isyak.Jika dijamak
dalam waktu Zuhur, ia dinamakan jamak takdim, dan jika dijamakkan dalam waktu Asar dinamakan jamak takhir.
Begitu juga jika dijamak dalam waktu Maghrib, ia
dinamakan jamak takdim manakala jika dijamakkan dalam waktu Isyak dinamakan jamak takhir. Solat fardu yang tidak boleh dijamakkan ialah solat Asar dengan solat Maghrib dan solat Isyak dengan solat Subuh. l Cara qasar dan jamak serentak. Islam mengharuskan umatnya mengqasar sembahyang jika:* Musafir untuk tujuan kebaikan dan bukan kerana maksiat. * Jarak perjalanan hendaklah lebih daripada dua marhalah.* Perjalanan tertentu arah tujuannya. Sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, solat tidak boleh diqasar. * Tidak berimamkan orang yang tidak mengqasar atau sempurna sembahyangnya. * Meneruskan perjalanan apabila selesai sembahyangnya.

Susunan Noor Azlina Zainudin


"TeMan Sedar, TeMan Belum Setanding Mereka.Tetapi TeMan Akan Berusaha Untuk Jadi Lebih Baik Daripada Mereka"

 

webmaster@mymasjid.net.my