Saiyidina Umar Al Khattab

Oleh al_faruq
31-Jul-2002 10:00:04
Menurut ceritanya....

Saiyidina Umar ini ada dua kebiasaan apabila beliau duduk bersendirian.. Adakalanya beliau akan tertawa dan adakalanya beliau akan menangis.. Menangis? Saiyidina Umar yang terkenal bengis, garang, menangis?
Ditanya oleh para sahabat, mengapa bila beliau bersendirian, beliau akan menangis atau tertawa? Maka dijawab oleh saiyidina Umar...

Aku tertawa mengingatkan waktu Jahiliyyah ku dulu, di rumahku ada sebuah berhala yg sangat besar yg diperbuat dari kurma. Disapu dengan minyak, berkilat.
Satu masa, ketiadaan makanan di Mekah. Aku sembah berhala tersebut, minta dia turunkan makanan utk ku. Berhari2 kusembah namun tiada juga makanan datang. Satu hari aku terlalu2 lapar, aku cubit sedikit, telinganya, kumakan, kulihat berhala diam, lantas kumakan bahagian lainnya, masih diam.. Kerana itulah
www.myjodoh.net
aku ketawa....

Dan bila adakalanya aku menangis bila bersendirian, kerana aku terkenangkan waktu jahiliyyah ku, aku mempunyai anak perempuan kecil. Aku tidak mengetahui bahawa dia adalah seorang perempuan kerana isteriku menyembunyikannya dariku. Ketika dia berumur 5 tahun, ku ajak berburu. Anakku terdidik sebagai wira. Satu ketika dia mengadu hendak membuang air kecil, ketika itu baru aku tahu yg anak itu adalah perempuan. Marahnya aku pada isteriku, anak itu ku tanam hidup, walaupun dia meraung2 memanggil ku dan menyatakan yg dia sayangkan aku... Walaupun telah lama berlalu, masih tengiang2 di telingaku raungannya. Kerana itulah aku menangis...

Sehebat, segarang, setegas Umar, masih mampu menangis mengenagkan dosanya... Kita............. Bagaimana?......
- Yang paling saya takut atas umat ini ialah orang munafiq yang berilmu - Umar Al Khattab -

 

webmaster@mymasjid.net.my