Sunnah atau Punah

Oleh Itaarissa
22-Jul-2003 13:00:19
Assalamualaikum Sahabat,

Perangai atau akhlak buruk bukan anjuran agama tetapi merupakan sikap dan sifat individu. Kalau ada di kalangan kita yg pakai serban atau jubah
tapi akhlak buruk, jangan salahkan serban atau jubahnya tapi salahkanlah sikapnya. Yang salah ialah si pemakai bukan apa yg dipakai. Tiada
salahnya mengenakan serban atau jubah kerana nak meniru Nabi junjungan . Tapi
kuatkanlah juga semangat utk meniru akhlak dan juga perilaku Nabi yg mulia.

Serban & Jubah
Dewasa kini pandangan sebahagian masyarakat terhadap golongan yg memakai kopiah atau serban atau jubah ialah meluat (menyampah) atau dipandang dgn prejudis. Kenapa? Salahkah pemakaian kopiah, serban atau jubah itu? Apa yg menjadi punca mereka memilih pemakaian sedemikian? Kenapa ada dikalangan mereka ini akhlaknya buruk atau meringan-ringankan ibadah?

Saya melihat begini. Jubah dan serban sebenarnya merupakan pakaian tradisi bangsa Arab
www.myjodoh.net
tanpa mengira agama. Di zaman Jahiliyah lagi org dah lama pakai jubah & serban. Harus dingat bahawa bukan semua org Arab beragama Islam termasuk pak Arab di sekitar Mekah & Madinah. Malah ada yang namanya hampir2 dgn nama kita yg Islam tetapi beragama lain. Oleh yg demikian, jangan kita sangka semua pak Arab yg kita jumpa ialah Islam. Jangan kita
ingat semua pak Arab yg pakai jubah atau serban ialah Islam.

Kalau kita bertembung dgn pak Arab yg sedang mabuk arak, bergaduh atau apa saja perilaku yg buruk, siapa boleh confirm yg dia tu org Islam? Org bukan Islam pun boleh sebut MasyaAllah kerana bagi penganut agama samawi, Tuhan
mereka juga bernama Allah.

Imej Bersih
Bukan semua org yg berkopiah atau berjubah itu baik. Tapi sekurang-kurangnya dgn mengenakan kopiah dan jubah moga2 mereka dapat mengawal diri mereka dr terus-menerus melakukan maksiat (benda dosa).
Mereka juga manusia biasa sama seperti kita. Mereka juga punya nafsu dan akal, punya kehendak dan citarasa sendiri. Mereka juga punya kelemahan dan kelebihan.

Tapi seperti juga org tak berkopiah, bukan semuanya org jahat. Udah namanya pun manusia. Namun masyarakat selalu memandang mereka yg memakai kopiah sebagai golongan yg berimej bersih, perfect tanpa cacat cela. Maka
kalau ada sedikit aje silapnya, pasti dipandang besar. Tapi kalau org yg tak pakai kopiah yg buat kesalahan yg sama, masyarakat buat nampak tak nampak je.

Begitu jugaklah dengan anak isteri para ustaz atau cikgu. Mereka dilihat dan dinilai masyarakat sbg golongan yg langsung tak boleh buat silap, samada silap dr segi pergaulan, kata putus atau tindakan. Cuba kalau anak org lain yg buat, org buat tak peduli je.

Kopiah atau Topi (Cap)
Sebenarnya kopiah semata bukanlah sunnah kerana Baginda SAW tak pernah pakai kopiah tanpa kain di kepala atau bahu. Saya melihat kopiah umpama topi (cap). Hakikat (rahsia) sunnahnya ialah menutup kepala (ini rahsia yg
diketahui bukan rahsianya yg ghaib). Tapi kalau pakai topi (cap) pun tutup kepala jugak. Malah topi(cap) boleh melindungi mata drpd silau
matahari. Tapi dr segi saintifik melalui kaedah colour vibration, pemakaian kopiah putih menjana perjalanan darah di kepala menjadi lebih baik. Itulah antara sebab putih menjadi favourite colour Rasulullah. Sementara sunnah
perbuatannya ialah memakai serban. Maka rebutlah sunnah Nabi yg di akhir zaman ini Allah anugerahkan 1 sunnah dgn 100 syahid.

Tapi kalau pakai kopiah @ bela janggut tapi takde niat nak ikut sunnah Nabi, tak dpt jugak. Ada org bela janggut pasal nak tiru Heitfield
(vocalist Metallica), maka dpt 'sunnah' Heifield aje la?heh.

Ada org suka pakai songkok. Songkok ni pun bukannya dtg dr bangsa Melayu. Kat Indonesia penganut Kristian pegi gereja pakai songkok. Penganut Hindu & Buddha pun pakai songkok. Kita mungkin bole kata bahawa songkok
melambangkan bangsa Melayu tetapi kita jugak mungkin lupa siapa sebenarnya yg dikategorikan sebagai Melayu? Tapi tak salah nak pakai songkok
sebab ia salah satu cara menutup kepala.

Baju Kot
Sesetengah org melihat pemakaian baju kot sebagai pakaian Barat dan tidak harus bagi masyarakat Timur terutama Islam memakai kot. Tapi jgn lupa, bukan semua org Barat kafir. Kot juga ialah sebahagian drpd pakaian budaya.
Jadi kalau ada saudara seIslam kita yg engenakan pakaian kebudayaan mereka (baju kot), adakah salah?

Bagaimana pulak dgn saudara seIslam kita di China yg jumlahnya melebihi total rakyat Malaysia? Takkan mereka tak bole pakai baju tradisi diorang? Malah jubah yg dipakai oleh org Arab dikatakan berasal dr China. Pakaian
melambangkan budaya, bukan agama. Tetapi alangkah indahnya kalau umat Muhammad mencontohi baginda dlm pelbagai aspek termasuk pakaian.

Anjuran
Anjuran supaya mengenakan jubah atau serban dgn niat moga2 dpt menjauhkan diri dari perkara terlarang saya kira satu anjuran yg baik.
Memandangkan hari ni dah penuh dgn berbagai2 gejala, suratkhabar pun penuh cerita2
jenayah je, maka pd saya saranan ini wajar disokong. Sekurang-kurangnya drpd masyarakat kita penuh dgn org pakai baju macam tak cukup baju, eloklah kalau bertukar kpd berjubah, tak gitu? Selagimana tidak menyusahkan. Sebab
itu Islam menganjurkan sepotong doa semasa memakai pakaian semoga Allah berikan kebaikan yg ada pada pakaian kpd kita dan jauhkan kejahatan yg ada padanya dr kita.

Wassalam
-Ana Fakir-

P/s: Syukran Ana Fakir......sebagai seorg yg tak berilmu......sukalah saya share ilmu yg saya kutip dlm perjalanan ini.....semoga sama2 kita dapat manfaat...InsayAllah


 

webmaster@mymasjid.net.my