MenJana Isteri SoleHah dlm duniA KotempoRaRi

Oleh One_na..NaWaRaSaRuSi
06-Jun-2003 21:36


Dalam penghidupan manusia sejagat,lelaki dan perempuan berpasang pasangan bagi memenuhi tuntutan fitrah semulajadi.Segan ataupun malu kita sebagai anak gadis harus menerima setiap tahap penghidupan kita sebagai seorang wanita.Antara tahap yang bakal kita lalui ialah sebagai seorang isteri kepada sang suami,tetapi bagaimanakah kita untuk mencapai taraf sebagai isteri solehah yang di kehendaki oleh agama kita?.......



Kenapa disyariatkan sebuah perkahwinan?

· Menjaga nilai kemanuasian
· Menyelamat nasab keturunan daripada tercemar
· Menwujudkan kerjasama dikalangan suami isteri
· Melaksanakan sunnah Nabi Muhammad SAW
· Menghindari dari sebarang penyakit yang berkaitan.

Panduan untuk kita ikuti
01. Manhaj al-Quran al-Karim
Di dalamnnya terkandang banyak petunjuk dan pedoman untuk kita ikuti.Salah satunya surah an-Nisa,at-Talaq dan lain-lain.

02. Sunnah Nabawiyyah
Carilah mana-mana hadith yang berkaitan dengan dunia wanita kerana Saidatinah Aisyah sendiri merupakan seorang berpengetahuan luas dalam hukum-hukum berkaitan dengan kewanitaan sepertimana pernah di riwayatkan beliau telah mengajar seorang wanita Arab pada untuk mandi hadas besar/mandi junub secara hakiki.

Bagaimana untuk menjana isteri yang solehah?

01.Seorang isteri hendaklah mempunyai ilmu-ilmu rumahtangga.
Ilmu - ilmu yang dapat memperindahkan lagi susasan rumahtangga yang hormani.Ilmu ini banyak kita perolehi contohnya bertanya daripada orang-orang yang telah lama berkahwin ataupun melalui pembacaan

02.Penjagaan diri dalaman dan luaran
Seorang isteri hendaklah menjaga dirinya dari luar dan dalam agar dapat menambat hati suami.Contohnya senantiasa membersihkan tubuh badan dan berbau wangi .

03. Moral dan akhlak
Dalam hal ini,segala tingkah laku isteri haruslah terjaga.Apabila bergelar seorang isteri kepada seorang suami,semuanya akan berubah tidak akan sama pada zaman bujangnya.Tangungjawab pada suami didahulukan.

04. Spiritual dan kesabaran
Dalam hal ini ketaatan dan kepimpianan dalam menjadi sayap kiri suami harus cekap.Pandai menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik tanpa menimbulkan pertelingkahan.Seorang isteri harus membentuk kendiri,memahami psikologi lelaki kerana penghidupan adalah berdua bukannya hanya memntingkan perasaan sendiri.


05. Meletakkan ajaran agama sebagai asas
Agama Islam telah mengajar kita tentang tangungjawab seorang isteri terhadap suami dan sebaliknya.Apabila kita mengamalkan agama maka secara totalnya kita mengamalkan isi kandungannya.

Berkata Said Hawa, usrah solehah adalah terdiri daripada
01. Thaqafah dan ilmu
02. Akhlak
03. Mempunyai wawasan masa depan
04 .Penyusunan dan penyatuan hidup
05. Pelaksanaan

Ciri–ciri usrah solehah :

01. Pemilihan pasangan berasaskan orang yang bergama
02. Sentiasa kukuh dan teguh perhubungan
03. Hidup dalam suasana riang,tenteram,damai dan hormani
04. Memelihara syariat
05. Memandang dan menghormati agama
06. Dakwah dan tarbiyyah terlaksana
07. Senantiasa mengingati dan mensyukuri nikmat Allah SWT.


*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.." *SoMeTiMeS GoOd PeOpLe Do EvIl ThiNgs....

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my