Hadis Rasulullah S A W

Oleh TuKuN
04-May-2003 21:24:51
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi s.a.w baginda bersabda:
Apabila salah seorang di antara kamu bersin maka hendaklah dia mengucapkan: (الْحَمْدُ لِلَّهِ) yang bermaksud: Segala puji bagi Allah. Manakala saudara atau kawannya pula hendaklah mengucapkan: (يَرْحَمُكَ اللَّهُ) yang bermaksud: Semoga Allah mengasihi kamu. Apabila orang yang bersin diucapkan dengan (يَرْحَمُكَ اللَّهُ), maka dia hendaklah mengucapkan: (يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ)
www.myjodoh.net
yang bermaksud: Semoga Allah memberi petunjuk kepada kamu dan semoga Allah selalu menunjukkan kebaikan kepada hatimu.

(Hadis riwayat Imam Bukhari).

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan Hadis:

1- Di antara sunnah Nabi juga ialah orang yang bersin mengucapkan: (الْحَمْدُ لِلَّهِ). Manakala orang yang mendengarnya pula digalakkan supaya menyebut: (يَرْحَمُكَ اللَّهُ). Setelah itu orang yang bersin tadi perlu menjawabnya dengan menyebut: (يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ).
2- Dorongan supaya membalas doa dengan doa seumpamanya serta memberi balasan kebaikan dengan kebaikan supaya terdorong perasaan untuk saling kasih-mengasihi dan saling bersaudara.

 

webmaster@mymasjid.net.my