Generic placeholder image
Oleh eumaira
17-Mar-2013 10:37
Assalamualaikum w.b.t & Salam Perkenalan Sahabat Seislamku.Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w., keluarga serta para sahabat baginda.Marilah kita sama-sama memanjat kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana masih diberi kesempatan untuk menjalani kehidupan harian ini dengan penuh kenikmatan.Tujuan saya membina blog ini ialah untuk menjadi saluran dan medium perhubungan di antara sahabat seislamku untuk berkongsi informasi, ‘reset’ minda dan ‘recharge’ peribadi. Selain itu, ia dapat mengeratkan silaturahim sesama sahabat seislamku.Blog ini juga merupakan pembelajaran sepanjang hayat. Setiap informasi di dalam blog ini dipetik dari laman sesawang, koleksi buku-buku, video ‘youtube’ dan artikel coretan penulis blog sendiri. Blog ini akan ditulis di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.Blog ini akan dibahagikan kepada beberapa segmen iaitu:-1.  Selami JiwaSelami Jiwa merupakan segmen santapan rohani. Ia akan memaparkan kisah-kisah zaman nabi, para rasul dan cerita-cerita teladan untuk mengingatkan kita bagi mengimbangi kehidupan di dunia dan akhirat. Saya berharap segmen ini akan dapat memberi pengisian yang berilmiah, inspirasi dan seterusnya membawa penghijrahan kepada diri kita untuk menjadi lebih positif bagi mendapat keredhaan Allah s.w.t.2.  Ensiklopedia MukminEnsiklopedia Mukmin akan memaparkan terjemahan-terjemahan ayat di dalam kitab suci Al-Quran dan Hadis-Hadis untuk dijadikan sebagai panduan, pegangan dan kamus hidup oleh setiap umat Islam.Kita semua sedia maklum bahawa Al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat dan diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat dalam tempoh 23 tahun.Hadis pula ialah sunah Rasulullah s.a.w dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan dan peribadinya. Ia merupakan sumber kedua sebagai rujukan selepas kitab suci Al-Quran.3.  Jom KuliahSegmen ini pula akan menyajikan koleksi video kuliah agama oleh pendakwah yang mempunyai ilmu yang mendalam tentang agama, memiliki perwatakan menarik, berkarisma dan petah berkata-kata. Semoga dengan koleksi video kuliah ini dapat memberikan satu sumber hidayah untuk kita meningkatkan keimanan kepada Allah s.w.t.4.  Hits HatikuHits Hatiku merupakan hiburan sensasi Islamik seperti klip video, drama, kartun dan lagu-lagu penawar hati seperti nasyid dan zikrullah. Pendengar akan dapat menyegarkan jiwa dan minda dengan mendengar lirik yang indah, pesona dan penuh makna. Ia juga merupakan salah satu cara untuk berdakwah secara berhikmah.5.  Fakta AjaibFakta Ajaib berkonsepkan “Tahukah Anda?”. Para pembaca akan didedahkan dengan fakta-fakta ringkas dan menarik mengenai manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, alam semulajadi dan pengetahuan am yang menunjukkan kebesaran dan keajaiban Allah s.w.t.Saya juga ingin memaklumkan bahawa blog ini akan dikemaskinikan sebulan sekali disebabkan kesibukan jadual harian saya. Akhir kata, saya berharap blog ini dapat memberi manafaat kepada sahabat seislamku di dalam menjalani kehidupan seharian dan semoga Allah s.w.t memberkati usaha kita bersama. Segala kesilapan dan kekurangan didahului dengan memohon kemaafan. Oleh itu, teguran membina amat dialu-alukan.Sekian, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my