Terkini  Popular    Mula Topik

Mohon Pencerahan Berkaitan Hutang

2013-03-01 21:01:43
Assalamualaikum ustaz, saya memohon pencerahan ustaz dalam masalah yang saya hadapi. Hampir sebulan lepas saya ada menjual 3 buah handphone kepada seorang ustaz dgn harga RM2350 kesemuanya tetapi beliau hanya membayar RM950, beliau telah berjanji untuk membayar bakinya tetapi sampai ke hari ini tiada sebarang bayaran daripadanya malah beliau mendiamkan diri begitu sahaja. Untuk pengetahuan ustaz, sebelum membelinya saya meminta beliau membayar deposit, beliau berjanji akan membayar tetapi selepas satu alasan demi satu alasan akhirnya deposit tersebut tidak dibayar maka saya dahulukan wang saya dan wang tersebut dari kutip dari pelbagai sumber dan salah satunya adalah tabung anak kecil saya menjadi mangsa (ustaz tersebut tahu perkara ini dan dia juga tahu bahawa betapa sukarnya untuk saya mencari sejumlah wang yang banyak untuk saya bayarkan wang handphone tersebut kepada pembekal, kebetulan pula pada ketika itu saya benar-benar kesempitan wang.Sehinggalah saya memberi handphone tersebut beliau hanya membayar RM950 dan memberi alasan bakinya akan dibayar kemudian kerana cek belum sempat ditunaikan. Saya mempercayai kata-katanya kerana beliau seorang ustaz yang bertugas di sebuah pusat Tahfiz yang mana salah seorang anak saya sedang menuntut ilmu di situ dan rasa saya beliau juga seorang al-hafiz.Sekarang ini, saya sedang menyediakan ruang di dalam hati saya bahawa saya pasrah dan redha jika beliau tidak membayar, tetapi sekali terfikir hati saya rasa agak sukar untuk menghalalkan hutang tersebut kerana ustaz tersebut seorang yang alim dalam hal hukum dan adab. Lain rasanya jika yang berhutang itu seorang drug addict atau mat rempit saya akan halalkan kerana banyak kekurangan seperti ilmu, hukum, desakan hidup dan sebagainya yang boleh dipertimbangkan sebagai manusia biasa.(Telah pernah berlaku dalam hidup saya).Sebelum ini saya berikhtiar dengan membaca Yasin sebanyak dua kali agar dibukakan pintu hatinya untuk membayar hutang tersebut. Kelmarin saya memanjatkan doa Ya Allah jika ada kebaikan untuk saya di dunia ini gerakkanlah hatinya untuk membayar hutang tersebut, tetapi jika ada kebaikan untuk saya di akhirat nanti maka tangguhkanlah hutang tersebut di sana, saya akan sabar menantinya. Lalu malam semalam saya teringat pula jika boleh saya bertawasul dengan hutang ustaz tersebut, saya akan bermohon pada Allah agar menggantikan amalan ustaz tersebut dengan kesembuhan ibu saya. Untuk pengetahuan ustaz ibu saya mengalami tulang pinggangnya yang renggang dan beliau sukar berjalan dan bergerak. Pada tahun lepas saya membawanya mengerjakan umrah dengan seluruh pergerakannya menggunakan wheel-chair dan tahun ini dijangka beliau akan mengerjakan haji. Saya ingin melihat ibu saya sembuh dan dapat berjalan dan mengerjakan ibadah dengan sempurna.Saya memohon pencerahan ustaz, adakah boleh saya bertawasul begitu atau bagaimana yang sebaiknya saya tangani permasalahan ini. Jazakallahukhairankathira atas perhatian ustaz membaca catatan saya ini. Barakallahufikum.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my