Forum myMasjid | Mula Topik Baru |Indeks
Pelangi hanyalah penghias langit ..
Oleh are_na79, 2009-10-23 02:03:20, IP : 203.82.91.104
“Berbezanya orang lemah selalu buta tatkala berusaha, apabila menghampiri kejayaan dia semakin buta dan hatinya benar-benar tidak terbuka.”
Matlamat telah ada, bagus. Azam juga sudah dipasak, bagus. Usaha akan digembleng, ya bagus. Kejayaan semakin jelas, oh itu selalu mengelirukan.
Ramai orang bermula pada garisan yang betul, kemudian berlari pantas mengejar matlamat, tetapi ketika menghampiri garisan penamat dia mula kehilangan tenaga. Menyangka kejayaan semakin hampir untuk dicapai, dia kerap tersenyum lalu akhirnya larian menjadi perlahan. Tatkala dia hampir mencecah garisan penamat orang lain tiba-tiba memintas.
Kita selalu tersilap jangka. Kejayaan yang mulai nampak selalu disangka satu jaminan. Padahal kejayaan itu masih perlu dicapai. Selagi belum berada di telapak tangan, bukanlah lagi kejayaan namanya. Selagi belum melepasi anak tekak belumlah lagi rezeki namanya.
Dayung ada di tangan, perahu masih terolang-aling, pulau sudah kelihatan tetapi muka telah mengukir senyuman. Lalu berhenti mengayuh, terpesona dengan perhentian yang dijanjikan, terlupa arus terus mengalir lalu menghanyutkan.
Kita selalu menjadi tidak cekap apabila menghampiri kejayaan. Di situ silapnya kita. Apabila melihat kejayaan semakin hampir kita mula mengurangkan usaha. Kita sangka kejayaan itu kita punya, pasti dapat. Tidak selalunya begitu, sesuatu yang menjanjikan bukanlah satu janji. Sesuatu yang kelihatannya pasti belum lagi pasti. Selagi belum disah milik sesuatu boleh terlepas pergi.
Pada mulanya wakil insuran itu hanya dapat menjual satu polisi. Pelanggannya seorang ketua keluarga yang telah ada dalam senarai pelangan-pelangan berpotensinya sejak dulu. Dia telah berjaya namun kejayaan yang boleh dipertingkatkan lagi.
Dari hari ke sehari dia melobi ketua keluarga ini hingga akhirnya ketua keluarga berkenaan membeli polisi untuk seluruh ahli keluarganya. Itu satu kejayaan besar dan lumayan sekali. Kejayaan semakin dihampiri. Dia tersenyum – bangga, puas dan yakin. Dia berhenti mengayuh kerana menyangka kejayaan sudah di tangan. Setelah satu-satu polisi ditanda tangan bermakna pulau impian bukan lagi satu fantasi.
Apabila polisi telah siap, dia menghantar mesej kepada ketua keluarga berkenaan untuk satu temu janji. Dia menerima mesej balasan supaya meminda tarikh berkenaan. Dia membalas dengan mengatakan tarikh yang dicadangkan oleh ketua keluarga berkenaan tidak dapat dipenuhinya, tanpa alasan.
Tiba-tiba dia menerima mesej berbunyi, “Orang Melayu, apabila menghampiri kejayaan selalu jadi tak cekap.” Dia terseradung, lalu tersedar dari khayalan. Tergesa-gesa dia mendatangi ketua keluarga berkenaan.
“Sayang sungguh, andainya awak bertindak sebagaimana mula-mula awak membawa proposal dahulu, awak bukan setakat mendapat saya dan anak-anak saya tetapi seluruh ahli keluarga saya - adik beradik, emak, anak-anak saudara, rakan kongsi, kawan-kawan bahkan tak mustahil setiap jenis perlindungan yang ditawarkan.”
Silapnya kita apabila melihat mendung di langit, segera mencurahkan air di tempayan. Rupa rupanya hujan tidak turun hingga ke petang.
Pelangi itu indah tetapi sekadar penyedap mata, ia tidak boleh dicapai dan tidak boleh membantu apa-apa. Tatkala matahari mencerlah garang, sambutlah dengan usaha-usaha luar biasa, sebab tatkala ia telah tenggelam di ufuk malam, kita layak mengira kejayaan.
Andainya pelangi hanya penghias langit, sinar mataharilah sumbernya.
Andainya kejayaan jadi matlamat, usahalah taruhannya.
senyum itu sedekah...senyum mengeratkan ukhuwah...senyum la selalu :)
|
 |
Kdg2 kejayaan yang melekakan itu adalah semata dorongan nafsu mata dan telinga, sedangkan hatinya berkata perkara lain...
Kerana org lain berjaya,kita pun nak sama..
fahamilah.. matlamat dan niat
yang membezakan kejayaan tiap2 org. 23-Oct-2009, 10:22:10 am, IP:60.50.113.120
|
 |
"Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah."
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 23-Oct-2009, 10:32:26 am, IP:211.24.222.99
|
 |
nasib baik ada tangga
kalau tak main terjun je.. 23-Oct-2009, 10:34:58 am, IP:60.50.113.120
|
 |
............. 
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 23-Oct-2009, 2:22:20 pm, IP:211.24.222.99
|
 |
Sikap berpuas hati dengan apa yang ada haruslah dikikis.
Seseorang itu haruslah berusaha, dan berusaha sehingga
matlamat yang dituju kesampaian.
senyum itu adalah sebahagian daripada iman. 23-Oct-2009, 9:30:29 pm, IP:124.82.15.169
|
 |
"man jadda wa jadda" siapa yg berusaha pasti ada jalan utk berjaya...
senyum itu sedekah...senyum mengeratkan ukhuwah...senyum la selalu :) 26-Oct-2009, 10:18:41 pm, IP:203.82.91.103
|
 |
setuju cik gu,
ash cukup setuju.
senyum itu adalah sebahagian daripada iman. 28-Oct-2009, 6:00:20 pm, IP:124.82.15.146
|
 |
"sekiranya mereka tetap beristiqamah di atas jalan itu (agama Islam), nescaya akan Kami berikan kepada mereka air yang segar (rezeki yang banyak)" (Al-Jin:16)
senyum itu sedekah...senyum mengeratkan ukhuwah...senyum la selalu :) 08-Nov-2009, 3:45:51 pm, IP:203.82.79.109
|
 |
Wahhhhh! cik gu,
nanti Zana payah carti makan tau!!
senyum itu adalah sebahagian daripada iman. 12-Nov-2009, 6:20:53 pm, IP:60.54.57.130
|
 |
Jom jalan jalan....
cari makan.......... 
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 13-Nov-2009, 2:08:45 pm, IP:211.24.222.99
|
 |
zana,
anggerik teringin nak makan durian la
uhuk uhuk uhuk
Aku masih berdiri dan akan terus berlari.. 13-Nov-2009, 2:31:20 pm, IP:124.13.70.91
|
 |
Teringin nak makan durianpun kena repot kat Zana ke?
apa-apa pun mintalah pada yang di sayang.
senyum itu adalah sebahagian daripada iman. 13-Nov-2009, 6:16:00 pm, IP:118.100.215.179
|
 |
lama dh tk jenguk laman ni...cuti2 pun bz je manjang...
pe kabo la sahabat2 mymasjid ek
senyum itu sedekah...senyum mengeratkan ukhuwah...senyum la selalu :) 23-Feb-2010, 5:45:39 pm, IP:203.82.92.51
|
 |
Anggerik mengidam durian???
mana putera ni..
cian anggerik...
alhamdulillah zana sihat..
cik gu apa khabar???
begitu juga yg lain????
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...." 24-Feb-2010, 11:47:59 am, IP:211.24.222.99
|
Laman : 1
Sila login untuk menghantar komen.
|
|
Waktu Solat & Berbuka Puasa
|
| Imsak |
: |
05:40 |
Asar |
: |
16:14 |
| Subuh |
: |
05:50 |
Magrib |
: |
19:16 |
| Syuruk |
: |
07:06 |
Isyak |
: |
20:25 |
| Zohor |
: |
13:13 |
|
|
| Powered By :
WaktuSolat.net |
|
|
|
|
|
Respon Terkini Di Forum
-
re: Perkhidmatan Memasang Lampu, Kipas dan Penambahan Plug Baru
oleh Abdul Rahim,02-Sep-2010, 10:41:16 am
-
re: Perkhidmatan Memasang Lampu, Kipas dan Penambahan Plug Baru
oleh SHAHRUN RIZAN BIN TA,01-Sep-2010, 6:32:23 pm
-
Diskusi Audio Kuliah : Surah Al-Waqiah 001 hingga 014
oleh SHAHRUN RIZAN BIN TA,01-Sep-2010, 6:28:02 pm
-
Menghafaz Al Quran kaedah Jibril
oleh sako,30-Aug-2010, 5:51:47 am
-
Diskusi Audio Kuliah : Bahrul Mazi Jilid 01 ms090
oleh sako,30-Aug-2010, 5:44:46 am
- Indeks Forum
|
Pengguna Online
sheikh hafiz, faizul, mohd salim b saripan, azman bin mohd, cikguadi, Moktar bin Sulong, emilia, MOHAMAD FIRDAUS, aiman, alias bin ismail, ashfat, amirul mukmin, cilokoro, Pakhri, adeda, fadil, Fadzli, hazwari, Hairul Hapizi Samaon, mohd nizal bin basri, Bakri Ibni Shah, Mohd Noot Man, amizan, Khairul Anuar, MOHD HAMDAN, baharin, Musni, Mohammad Rosli Hussi, aminuddin abas, isemaail, |
|
|


27 online user(s)
|