myMasjid | Majlis Ilmu | Download Audio Kuliah| Forum | Komuniti | Al-Quran | Sahih Muslim | Emel Percuma Login :: Daftar :: Lupa Kata Laluan
 

Dia pilihan hatiku.. ..

Oleh Zana.
2009-10-09 11:21:47
IP : 211.24.222.99

 

Dulu ana pernah berada hampir dengannya tapi ana sering buat tak tahu.. kasih sayang yang ditunjukkan jarang sekali ana pedulikan.. malah kadang2 bila dia marah.. ana merasa takut hanya sebentar… bila ana fikirkan kembali.. betapa ana sombong kala itu..

Satu ketika ana kecewa dengan hidup ana.. hidup ana terumbang-ambing di bawa badai gelora dunia remaja.. ana tak tahu nak menuju kemana.. di depan ana kala itu hanya kehancuran dan kebinasaan yang menanti.. begitu hebat penangan cinta remaja.. bila kecewa terasa segala-galanya hancur musnah.. (hebat jugak kuasa cinta ni ek..)

Mungkin itu satu pengajaran buat ana dan mungkin juga satu panggilan pulang buat ana.. PENGAJARAN kerana ana melalaikan kasih yang abadi dengan memilih kasih di sisi mausia yang sering saja berubah hala.. PANGGILAN PULANG buat ana yang telah tersesat jauh dalam badai cinta remaja yang seronoknya hanya sebentar..

Satu hari, terdetik di hati ana untuk membelek semula Hard Disk diri.. scan virus yang ada.. bukan setakat Trojan dan Ravmonlog.. banyak lagi virus yang diternak dalam HardDisk yang tak pernah ana scan since 2 3 since ni.. scan punya scan.. tup2 antara virus yang ter`pop up` tu ada yang namanya `MAKSIAT`.. bergetar hati ini melihat banyaknya virus jenis maksiat ni diternak dalam harddisk diri..

Kala itu macam2 ana rasa.. sedih.. nak nangis.. memberontak.. hati ana meronta.. kalaulah masa boleh diputar semula ana takkan biarkan virus maksiat diternak dalam harddisk ana.. Ya Allah begitu besar ruang dalam harddisk yang di`makan` virus tu.. tapi ana teringat kata2 seorang sahabat.. “kalau dikalau-kalaukan apa yang dikalau-kalaukan, maka akan terkalau-kalaulah apa yang dikalau-kalaukan”.. maksudnya tak guna kita meng`kalau`kan sesuatu itu.. apa yang dah berlalu akan terus berlalu dan ia semakin jauh dari kita saat demi saat..

Akhirnya ana mengambil keputusan untuk meng`install` semula antivirus yang lebih `power` untk menyingkirkan virus2 ni dari harddisk ana.. walaupun tak 100% at least up to 50%.. bila selalu di scan dan di `cuci`, lama2 InsyaAllah akan clearlah harddisk tu dari virus2 yang merbahaya tu…

Sekarang berbalik kepada kisah cinta ana tadi.. proses pembersihan harddisk tadi memang berkait rapat dengan kisah `Buah Hati Pengarang Jantung` ana ni.. Apa kaitannya?.. hehe.. let me continue my story..

Setelah harddisk ana melalui pembersihan dari virus2 tu process by prosess, barulah mata ini terbuka sedikit demi sedikit.. baru ana sedar.. kasih yang pertama melamar ana yang tak pernah ana ambil peduli tu, adalah kasih yang sebenar.. Apa buktinya?.. bila ana terumbang-ambing dalam lautan kesesatan.. siapa yang selamatkan ana? DIA.. bila hati ana resah gelisah.. manusia sendiri tak mampu nak bantu ana hilangkan kegelisahan tu.. sebaliknya DIA lah yang menunjukkan jalan keluar dan arah ketenangan buat ana..

Tak cukup lagi.. bila ana jatuh dan kecewa dengan hidup ana, DIA bagi ana semangat untuk bangun semula.. bukan setakat semangat yang hadir dalam diri ana.. malah perhatianNya membuatkan ana JATUH CINTA sekali lagi.. tapi kali ini lebih pasti masa depannya.. sebab apa pula lebih pasti?.. Sebab.. janji2NYA bukanlah sekadar omong kosong atau kata2 manis.. JanjiNya pasti!.. siapa yang beroleh kasihsayangNya.. orang itu akan berbahagia.. bukan setakat kat dunia ni.. malah kat akhirat kelak.. kehidupan yang tiada lagi kematian selepas itu..

Dialah ALLAh.. Dialah PILIHAN HATIKU…

****************************************************
Sahabat2 yang ana kasihi..

Bersama kita hayati bait2 nasyid oleh kumpulan mawaddah kat bawah ni..

Terima kasih wahai tuhanku,
Yang sentiasa melimpahkan rahmatNya,
Membenarkan aku menghadapMu tuhan
Yang maha pengasih dan maha penyayang
Untuk bercakap denganMu tuhan

Mengizinkan ku minta padaMu
Memuja memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat padaMu ya Rabbi
Tapi aku khuatir
Ketika menghadapMu
Iidak pula pandai beradab denganMu
Aku mula bimbang
Kalau aku derhaka
Dalam ketaatan
Bukan rahmat dariMu yang ku dapat
Tapi ku kan dapat kemarahanMu
Ya Rabbal `alamiin
Maafkanlah aku..

Sumber: fwd mail

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Komen..

ashfat
26-Oct-2009, 12:38:32 pm
IP:118.100.178.127

Kemahiran dan pengalaman
mengatasi segala-galanya,
disamping memohon doa dari
Allah SWT semoga selamat.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

   
ZAI
26-Oct-2009, 11:28:53 am
IP:60.50.124.184

jgn lencong2..
nnti kapal terhempas...
nnnti asas MM terbabas..

   
Zana.
26-Oct-2009, 8:04:10 am
IP:211.24.222.99

............ Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
23-Oct-2009, 7:01:41 pm
IP:124.82.15.169

Kenapa pulak? ash dah kata gula batu,
mengapa pula nak melencong ke gula lain?

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
23-Oct-2009, 11:54:21 am
IP:211.24.222.99

Ashfat?? gula batu??
Gula icon berscreen kot... Smile

ye lah anggerik...
zana ngan zai ada..
anggerik bagi idea kami blh tlg sabotaj kan ashfat..

pssttt... sementara geng dia tak ada... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ZAI
22-Oct-2009, 5:16:19 pm
IP:60.49.118.44

tak pe anggerik..zai zana blh backup..

   
ashfat
22-Oct-2009, 4:21:54 pm
IP:60.54.56.133

sori le comey...
enkou tak tengok lagi senyuman Zana,
manisssssssnya, macam gula batu.
tapi halnya dengan senyuman ni?
ada sesiapakah yang bincang atas tajuk senyuman?
ekou Comey awas, nanti tak bangun dari kerusi roda tu.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
22-Oct-2009, 10:52:49 am
IP:211.24.222.99

Zai... ye lah dah sememangnya kurang...

Anggerik...
amboi!!! semacho itu putera ye... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ZAI
22-Oct-2009, 9:59:17 am
IP:60.49.118.44

kena penangan seyuman yang ke3 kali...wassalam...
jangan anggerik..kurang ahli mm krg

   
yUsAnGgErIk
22-Oct-2009, 1:04:22 am
IP:195.189.143.36

ni kalau ashfat tgk anggerik senyum,sure takyah naik boeing,dah bole terbang ke awan haha Smile tp kan,senyum putera lg manis taw.sekali dia senyum,anggerik pitam.dia senyum lg skali,terus anggerik pengsan

Aku masih berdiri dan akan terus berlari..

   
ashfat
22-Oct-2009, 12:26:05 am
IP:60.54.63.104

Sudah tentu lah ye!!!

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
22-Oct-2009, 12:14:08 am
IP:202.188.69.223

ya ke.... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
21-Oct-2009, 11:26:02 pm
IP:60.54.63.104

Eleh! Zana ni ditimpa perasaan pulak,
Ash kata diri ash sendiri le.
Kalau cogan kata bagai yang Zana ungkapkan itu,
alamatnya boleh jadi sebesar Syanie lah.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
21-Oct-2009, 10:23:32 pm
IP:202.188.69.223

Erkk... slim kah aku... Smile
apa-apalah ye..

makan selagi boleh makan Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
21-Oct-2009, 6:00:28 pm
IP:118.101.187.194

Bila pulak ash beli nie?
Siapa pula yang ndakkan gitu,
baik diri ash mauupun diri mu.
Cukup le setakat ni, dah cukup slim.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
21-Oct-2009, 12:25:42 pm
IP:211.24.222.99

Ehem... Smile

Err... ash.. banyaknya beli makanan...
nak naikkan timbangan agar tak melayang di tuip angin ke??? Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
20-Oct-2009, 6:02:08 pm
IP:118.101.188.200

Memang hebat, ash akuinya.
tp yang ash katakan mengenai saiznya
yang luar biasa.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
20-Oct-2009, 3:45:08 pm
IP:211.24.222.99

ash... hebat lagi dia..
kalau tak org tak jadikan pelakon lah.. Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
20-Oct-2009, 2:13:22 pm
IP:118.101.54.38

tak.... tak....
senyunya aje, tapi tak leh lawan senyuman Zana tau.
Nanti ash bawa senyuman Zana tu ke alam mimpi.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
20-Oct-2009, 10:02:49 am
IP:211.24.222.99

dan...
kalau dia ketawa ash lagi suka kan.... Smile

Emm... ash senyum tu... betullah tu... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
19-Oct-2009, 7:05:24 pm
IP:124.82.1.50

Allah mak!!!!!!!
setujuuuuu, senyumnya amat manis
macam gula batu.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
19-Oct-2009, 11:09:38 am
IP:211.24.222.99

syanie???
comelkan... ashfat kan suka bila dia senyum... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
16-Oct-2009, 9:30:43 pm
IP:124.13.123.119

kalau ikut nafsu perut,
las... las... jadi syanie.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
16-Oct-2009, 5:06:43 pm
IP:211.24.222.99

Perut yg meminta2
tak sampai hati nak hampakan... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
16-Oct-2009, 4:54:33 pm
IP:118.101.54.64

Nak tambah montel ke?

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
16-Oct-2009, 4:46:25 pm
IP:211.24.222.99

mestilah...
makan untuk hidup
hidup untuk makan

mana satu ye... Very Happy

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
16-Oct-2009, 11:16:09 am
IP:118.100.214.81

tak kira len le,
kerja makannnnnn sja!

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
15-Oct-2009, 4:09:19 pm
IP:211.24.222.99

tambah apa..
laksa, mee, nasi...

Err.. ada jamuan raya ke??? Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
15-Oct-2009, 3:06:19 pm
IP:124.82.4.56

Zana,
tak mau tambah lagi ke?

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
13-Oct-2009, 12:50:05 pm
IP:211.24.222.99

........... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
Laman :    1 2 >> Akhir

 

Sila login untuk menulis respon .. Terima kasih.

 

 

Waktu Solat & Berbuka Puasa

Kuala Lumpur
21 Mac 2010, 5 Rabiul Akhir 1431
[ Lihat Kawasan Lain ]
Imsak : 05:52 Asar : 16:29
Subuh : 06:02 Magrib : 19:26
Syuruk : 07:18 Isyak : 20:35
Zohor : 13:23    
Powered By : WaktuSolat.net

Iklan

 
Sertai myJodoh, Portal Mencari Jodoh Untuk Muslimin dan Muslimat Download Audio Kuliah

Majlis Ilmu

Respon Terkini Di Forum

Pengguna Online

yleadhZana.Siti FatmahadwiyyahashfatMohd FadzilFARRAHAsterixmanWan Kasmah DaudnoraininorWan NoorKay AKay Aeast ma R Z daCt ShafinahkakraihanMohdnurDiaMohd. HazaomalieynaHambaAllahzack306BibLadyDianaMohd YusriOjayyEddyzelan07

Komuniti Telatah Orang Kampung

39 online user(s)

Sebarang Masalah, Sila Hubungi Webmaster : azrul.alwi@gmail.com