myMasjid | Majlis Ilmu | Download Audio Kuliah| Forum | Komuniti | Al-Quran | Sahih Muslim | Emel Percuma Login :: Daftar :: Lupa Kata Laluan
 

Sedih arr dengar lagu nie... :-( ..

Oleh Zana.
2009-09-14 09:38:30
IP : 211.24.222.99

 

MAWI - AYAH AKU RINDU PADAMU

Ayah..
aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu
di dunia ini
di saat ku meniti
kejayaan ini

Ayah..
aku menyanjungi
jasamu yang terlalu
agung buatku
tak daya ku membalas
jasa dan budimu

Tanpa kamu hilanglah
haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
tak dapat ku
membalas jasamu di dunia ini

Di pagi raya
ku pohonkan
kemaafan keinsafan
ku doakan agar rohmu
dicucuri rahmat Ilahi
oh ayah...

Tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
namun aku
tetap redha apa yang mendatang

Di pagi raya ku pohonkan
kemaafan keinsafan
ku doakan agar rohmu
dicucuri rahmat Ilahi
oh ayah...

Ayah..
aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu di dunia ini
di saat ku meniti kejayaan ini

Ayah..
aku menyanjungi
jasamu yang terlalu
agung buatku
di hari raya ini
ku merinduimu...

p/s : Alfatihah buat semua ayahndaku seluruh umat muslimin dan muslimat yang telah kembali ke Rahmatullah...
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh... Amin... Amin... Amin...

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Komen..

ashfat
03-Oct-2009, 11:56:40 pm
IP:124.13.217.5

Begitulah hendaknya.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
03-Oct-2009, 11:46:42 pm
IP:202.188.38.230

Insyallah...
Mudah2an di rahmati juga kehidupan kita..
Amin.... Amin.... Amin....

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
03-Oct-2009, 11:38:33 pm
IP:124.13.217.5

Berdoalah kpd Allah,semoga dipanjangkan
umur, di limpahkan rezeki yang halal,
moga-moga ramadhan dan syawal 1431
dapat kita temui dan harungi.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
03-Oct-2009, 11:10:22 pm
IP:202.188.38.230

Alhamdulillah...
Syawal juga sedang melangkah hari demi hari.....
adakah bertemu lagi kita dengan syawal 1431??
Allah sahaja yang tahu....

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
30-Sep-2009, 9:39:13 pm
IP:118.101.188.93

dah balikpun,
dah bersihkan kuburnyapun,
dah buat tahlil atas kuburnyapun.
yg tinggal hanyalah kenangan
bersama arwah.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
25-Sep-2009, 12:56:25 am
IP:202.188.69.189

Insyallah moga rohnya di cucuri rahmat...
Al-Fatihah..
Jangan sedih2 tau...

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
22-Sep-2009, 1:22:48 pm
IP:118.101.94.147

ye lah Zana,
kita manusia sekadar merancang,
tapi yang menentukan segala2nya
Allah SWT.

Gitulah hasrat di hati, mungkin pada Sabtu
ini, Insyallah, doa mu akan ash sampaikan kepadanya.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
18-Sep-2009, 8:45:31 am
IP:211.24.222.99

Alhamdulillah....

Sayang-sayang buah kepayang
Buah kepayang hendak dimakan
Manusia hanya boleh merancang
Kuasa Allah menentukan

P/s: pagi raya nie jumpa ayah ye... Smile
Kalungkan doa buat hadiah di pagi Raya...

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
17-Sep-2009, 5:33:08 pm
IP:60.54.61.50

Pagi hari ke Kuala Tamu,
Tulis nama atas batu
Ku tak kan lupa dan tak kan ku jemu
Melakukan doa disetiap waktu

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
17-Sep-2009, 10:10:36 am
IP:211.24.222.99

Letak bunga di atas dulang
Sisipkan daun hiasan tepinya
Banyak berdoa selepas sembahyang
Mohon diampun dosa di dunia

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
16-Sep-2009, 6:13:17 pm
IP:118.101.54.13

Makan nasi ulam pegaga
Ditambah pula ulam papaya.
Ku angkat tangan, ku pohon doa,
semoga Allah merestuinya.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
15-Sep-2009, 11:25:19 am
IP:211.24.222.99

Sama-sama..
Insyallah...
Amin.. Amin.. Amin..

Pak Kulup anak juragan
Mati diracun muntahkan darah
Hidup di dunia banyak dugaan
Kepada Allah kita berserah

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
15-Sep-2009, 11:10:39 am
IP:124.13.219.13

Time kasih Zana,

Kelip kelip ku sangka api,
kalau api mana sumbunya.
Saban hari kucurahkan bakti
smoga diteima Allah dan diganjarkannya

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
15-Sep-2009, 11:01:43 am
IP:211.24.222.99

Ash...
janganlah bersedih..
Moga bertemu dengannya di alam sana yg abadi..
Anak yg soleh ialah yg selalu mendoakan kedua ibubapanya..

Terang bulan di malam sepi
Cahya memancar kepangkal kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada ibu dan juga bapa

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
15-Sep-2009, 10:50:21 am
IP:124.13.219.13

Kehilangannya adalah satu kehilangan yang amat besar,
Walaupun kita dah dewasa, amat terasa tempat berpaut &
bergantung sudah tiada. Gelap rasanya alam maya ini,
biar seribu kenalan dan teman namun tak kan sama dengan
teman yang ini, teman sejati yakni ayah yang di sayangi.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Zana.
14-Sep-2009, 4:34:12 pm
IP:211.24.222.99

Ash...
sentiasalah mengingatinya..
walau dia tiada sebenarnya dia masih dekat dengan hati mu...

Zana tak tahu bagaimana saat itu..
satu saat kehilangan yg bakal zana tempuh..
Moga Allah kuatkan hati ini....

Al-Fatihah buat ayah Ash dan semua ayahnda seluruh umat muslimin dan muslimat yang telah kembali ke Rahmatullah...

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

   
ashfat
14-Sep-2009, 4:27:57 pm
IP:124.82.0.35

Time kasih Zana,
kau telah membuatkan aku mengingati
arwah ayah yang telah lama pergi.
Masih ku terbayang dipagi raya, selagi
aku belum sampai, selagi itulah ayah
tak kan masuk ke kamar tidurnya.Aku biasa sampai
dirumah ibu dan ayah jam 4 pagi.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

   
Laman :    1   

 

Sila login untuk menulis respon .. Terima kasih.

 

 

Waktu Solat & Berbuka Puasa

Kuala Lumpur
10 Mac 2010, 24 Rabiul Awal 1431
[ Lihat Kawasan Lain ]
Imsak : 05:56 Asar : 16:38
Subuh : 06:06 Magrib : 19:28
Syuruk : 07:22 Isyak : 20:37
Zohor : 13:26    
Powered By : WaktuSolat.net

Iklan

 
Sertai myJodoh, Portal Mencari Jodoh Untuk Muslimin dan Muslimat Download Audio Kuliah

Majlis Ilmu

Respon Terkini Di Forum

Pengguna Online

ashfatZana.Siti FatmahWan Kasmah DaudFARRAHnoraininorWan NoorKay AKay Aeast ma R Z dayleadhCt ShafinahadwiyyahkakraihanMohdnurDiaMohd. HazaomalieynaHambaAllahzack306BibLadyDianaMohd YusriOjayyEddyzelan07Cahaya AnjaAsri MohamadLambaian Salju

Komuniti Telatah Orang Kampung

50 online user(s)

Sebarang Masalah, Sila Hubungi Webmaster : azrul.alwi@gmail.com