myMasjid | Majlis Ilmu | Download Audio Kuliah| Forum | Komuniti | Al-Quran | Sahih Muslim | Emel Percuma Login :: Daftar :: Lupa Kata Laluan

Projek myMasjid
www.mymasjid.net.my

 

(Yang memberitahu kepada mereka dengan katanya): Berikanlah kepadaku wahai hamba-hamba Allah (apa-apa yang menandakan kamu menerima kerasulanku); sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, yang diutuskan kepada kamu.(Ad-Dukhaan : 18)
Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: Nabi berhutang denganku. Lalu baginda membayarnya lebih daripada hutang baginda itu. Seterusnya aku memasuki masjid, lalu baginda berkata kepadaku: Sembahyanglah dua rakaat!.(Riwayat Muslim)
 

Forum myMasjid

| Mula Topik Baru |Indeks
Bila langit mula mendung ... ..
Oleh Zana., 2009-06-19 13:02:59, IP : 211.24.222.99

 

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau
hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa : "Allahumma syaiyiban nafia" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-Araf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.

Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

So lepas ni bila hujan jangan ler bersungut ek.Berdoa ler banyak2...

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

HUJAN

air langit
terjatuh dibatuan
basah
sekeliling
kita yang terdiam

pinggiran kata
edisi kedua 2005

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

21-Jun-2009, 7:29:16 pm, IP:219.94.125.34

Hujan..
memang mendamaikan jiwa...

sini pun sedang sarat awan dgn gumpalan..
guruh juga ada mengeluarkan suara..

tapi...
yag pasti..
Hujan masih belum pasti.. Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

22-Jun-2009, 12:48:32 pm, IP:211.24.222.99

Zana,

ari ni bukan hujan, tapi telampau berjerubu.
visibiliti di LTAB sepeng pagi tadi dan masa kembali,
dilapurkan dlm 600 meter aje.

hiiiii! agak kritikal jugak masa nak berlepas dan mendarat.
ari ni tinggal lagi satu sortie lagi iaitu malam nanti.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

13-Jul-2009, 3:07:20 pm, IP:124.13.123.82

dan sekarang...........

setelah hari2 hujan membasahi bumi..
cuaca juga semakin ok kan.... Smile

Oh.......... hujan..
aku lah paling damai dengan kehadiran mu.... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

15-Jul-2009, 2:56:22 pm, IP:211.24.222.99

semuanya kurniaan Tuhan yang maha Ehsa.
manusia semestinyalah bersyukur atas nimatnya,
dan gunakanlah akal fikiran dan juga peralatan
yang ada untuk menghindari segala mara bahaya.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

15-Jul-2009, 10:38:45 pm, IP:124.82.3.211

ye lah..
tapi apa pun hal..
iklim khatlistiwa paling indah di hati... Smile

Hujan emas di negeri orang
hujan batu di negeri sendiri
ku pilih hujan batu.............. Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

16-Jul-2009, 9:04:31 am, IP:211.24.222.99

yes!! as setuju dan sokong.
Zana nak apa?
Pau Tg. Malim?
Ikan bakar di Umbai?
Mc D ke Pizza Hut.
Jambu di Bidor.
mintak leeee!

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

16-Jul-2009, 1:57:02 pm, IP:124.82.7.142

apa ye????
apa-apalah yg ashfat blh tolong makankan..... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

16-Jul-2009, 2:32:56 pm, IP:211.24.222.99

tolong makan??????

kitapun makan cikit-cikit aje,
mana nak simpan?
Zana ni macam-macam yang payah.
hiiiiiiih!

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

16-Jul-2009, 6:52:00 pm, IP:118.100.178.174

takutnya....
ampun........... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

17-Jul-2009, 2:33:48 pm, IP:211.24.222.99

takut apa? as bukan makan orang.
makan aje le.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

18-Jul-2009, 10:59:35 am, IP:118.101.54.206

..................... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

18-Jul-2009, 11:45:35 am, IP:203.106.149.139

suruh makan, pon buat tak tau aje.
lain le kalau suruh buat keje.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

19-Jul-2009, 11:08:31 am, IP:124.13.120.210

ehemmm.... asyik tenung siapa tu...
zana di depan ashfat ni dah tinggal pinggan lah....

Erkkk...
alhamdulillah.... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

20-Jul-2009, 12:53:28 pm, IP:211.24.222.99

nak tenung siapa pulak lagiiiiiii?
kan Zana dok di depan ,
rasa bersyukur sangat Zana dah makan
sampai tinggal bunga pinggan.

gitulah.......bukankah bagus camtu?
kalau disuruh makannnnn, makanlah.
bukan nak suruh Zana buat benda yang Zana tak suka!

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

20-Jul-2009, 1:04:32 pm, IP:124.82.4.4

memang zana di depan ashfat tapi kan ke ada meja lagi di belakang zana tu...
tu lah pasal sampai tak perasan... Smile

psstt... nasib ashfat tgk org meja belakang tu..
kalau tak zana bagitahu ashfat zana dah kenyang je... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

20-Jul-2009, 1:41:38 pm, IP:211.24.222.99

dah le tu,
dah kenyang jom balik,
ataupun nak kemana pulak??????

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

20-Jul-2009, 4:13:47 pm, IP:124.82.2.149

Emm.... nak tengok pemandangan yg blh mendamaikan...
mana lagi... pasti laut luas yg membiru... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

20-Jul-2009, 4:43:54 pm, IP:211.24.222.99

Larrrrr! yang paling dekat kat PD le,
jauh tuuuuuu.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

20-Jul-2009, 11:27:42 pm, IP:60.54.57.171

ish bukan situ...
pantai teluk cempedak pun cantikkan...

tak sanggup ke??? Smile
jom lah...
demi kawan kan....

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

21-Jul-2009, 11:00:55 am, IP:211.24.222.99

sanggup, tapi takut kena tangkap basah.
malu le.....

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

21-Jul-2009, 4:47:34 pm, IP:118.101.94.183

nak mengilat la tu.... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

22-Jul-2009, 8:27:31 am, IP:211.24.222.99

tapi kan! kalau kena tangkap basah lagi bestkan?
kahwin free le!
jom cepat-cepat kita pegi kesana,
tak sabo nie?

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

23-Jul-2009, 6:42:27 pm, IP:124.82.2.39

amboi2... senangnya dia...
nantilah nak report.. dekat mak ashfat..
buat perangai tak elok...

Teksi.... (balik dgn teksilah nampaknya)
lain kali tak mahu ikut ashfat lagi....
weekkkkkkkkkkkkkkk............. Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

24-Jul-2009, 12:03:30 pm, IP:203.106.151.157

sampai TC tuuuu
jauh sampai ke sana ek...
kat pantai dalam tak leh ker

pantai jugak kan

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

25-Jul-2009, 2:21:26 pm, IP:219.94.125.34

untuk mengelak kena tangkap basah
jangan main kejar kejar dalam air

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

25-Jul-2009, 2:22:36 pm, IP:219.94.125.34

Zana,
la ni tak leh repot lagi,tunggulah masa yang sesuai
selepas jadi menantu dia, baru lah dia layan.

putera,
macamana tak main dlm air, kalau dah ke TC.
kan as dah kata tangkap basah best jugak le,
kawin free, sapa tak mau ooooooiiii???????
jom Zana kita cepat2 pi TC, jauh pun jauh le.
untung-untung kena tangkap basah.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

27-Jul-2009, 7:07:44 pm, IP:124.13.122.180

tapi sekarang TC ombak besar
bergulung gulung ombaknya
putera risau gak
nanti dengan yang tukang tangkap
pun basah sama
so sapa yang basah
yang kena tangkap
atau yang ditangkap

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita

28-Jul-2009, 1:22:12 pm, IP:219.94.125.34

amboi2 putera...
report pada anggerik nanti.... Smile

tapi TC tu memang cantik..
pasir pantainya yg halus memutih....

Opss!!! ashfat...
tata... (tgh lambai sambil buka pintu kete teksi) Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

28-Jul-2009, 4:26:27 pm, IP:211.24.222.99

apasal pulak nak tata Zana,
teksi tu bukan nak pegi atau lalu jalan kerumah Zana.
Lagipun dari TC kena lalu Kuantan pastu baru ikut highway ke KL.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

30-Aug-2009, 1:20:51 pm, IP:118.100.215.56

Laman :    1 2 3 4 5 6 >> Akhir

Sila login untuk menghantar komen.

Waktu Solat & Berbuka Puasa

Kuala Lumpur
03-Sep-2010 | 24 Ramadhan, 1431
[ Lihat Kawasan Lain ]
Imsak : 0 Asar :
Subuh : 0 Magrib :
Syuruk : 0 Isyak :
Zohor :    
Powered By : WaktuSolat.net

Iklan

Sertai myJodoh, Portal Mencari Jodoh Untuk Muslimin dan Muslimat Download Audio Kuliah

Majlis Ilmu

Respon Terkini Di Forum

Pengguna Online

monasabri sabranSafuanmuhd saifuddinwansabariahazli marzukiAnita ZahriNor ShamsulAbd AzizhazwariRizal Abu Bakarmohd rodzi bin esaBakri Ibni ShahHj. Hasnur HisyamHafiz CenderawasihZana.ibrahimrizalFezliana AhmadDalinaencheammatSHAHRUN RIZAN BIN TAhabhazakariaAbdul Rahimdinyusri hj ambangyunus bin darussharifah alattasSuzana Binti Anuar

Komuniti Telatah Orang Kampung

38 online user(s)

Sebarang Masalah, Sila Hubungi Webmaster : azrul.alwi@gmail.com